Pages

Followers

Friday, October 1, 2010

Ziarah Eta dan Shukri di Puncak Alam,,,,pertemuan selepas 20 tahun...

Hasrat untuk bertemu sahabat lama aku, Shukri dan Eta di Puncak Alam bagai direstui Allah.. dengan no talifon yang aku bagi dalam facebook Shukri, dia balas balik dengan jemputan ke rumahnya...ada open house, dengan rakan-rakan AD ( art and design tahun 82-86 ).....

Gambar di atas ...My Suami dengan Shukri ( atau juga dikenali sebagai Lennon sebab dulu muka dia sebiji macam John Lennon, kumpulan Beatles tu...) Walaupun mereka berdua tak pernah berkenal, tapi keduanya cepat mesra dan berbual rancak juga... Shukri sekarang pelukis sepenuh masa .. dan juga pensyarah sambilan di Uitm... Juga seorang blogger..Pinguant dan Budak AD82....
Kehadiran kami disambut mesra oleh kedua sahabat aku ni...Eta masak Laksa hijau yang begitu sedap sekali...( memang dia pandai masak...) Eta dan aku sekelas semasa ikut kursus Diploma Pendidikan Seni ( ATD) tahun 1990. Selepas 20 tahun inilah kali pertama kami bertemu... sebelum ini , kerap juga kami bertukar-tukar komen di dalam blog dan facebook....
Sekelas semasa di ITM...dalam bidang fine art, akhirnya kedua sahabat ini bertemu jodoh...dan dikurniakan 5 anak gadis yang jelita....
Kerana kami datang agak awal...( kami ada plan lain lepas ni...) kami hanya sempat bertemu dengan Fendi, seorang lagi rakan semasa di AD Itm dulu.... Fendi pun selalu juga aku temui di dalam blognya dan juga di facebook.....

Sebenarnya agak kecewa juga... sebab tak dapat jumpa lebih ramai kawan-kawan lama...Shukri berkali-kali berpesan supaya datang semula kalau berkesempatan.... tapi apa nak kata....kami terpaksa beredar..

Kepada Eta dan Shukri...terima kasih daun keladi atas layanan mesra...kalau datang ke Ipoh, singgah-singgah laa ke teratak hamba.....

1 comment:

azieazah said...

Salam ziarah.


Wah seronoknya bertemu kembali dengan kawan lama. Mesti banyak cerita nak sembang tu, kan?