Pages

Followers

Wednesday, September 29, 2010

Jalan-jalan ke Kuala Lumpur....Sesat..!!!!


Hujung minggu yang lepas, kami sekeluarga dapat jemputan kenduri kahwin dekat Kuala Lumpur....( bukan selalu dapat pun...hehehhe) Kerana timingnya cantik dalam bulan raya....jadi aku cadangkan pada My suami supaya kami bergerak dari malam sabtu ( hari Jumaat) dan bermalam di Puncak Alam, rumah adikku Ram. Jadi, kami ada masa yang banyak sikit untuk ziarah rakan dan saudara di Kuala Lumpur... Keinginan aku yang lebih besar ialah ingin bertemu kawan sekelas aku di ATD dulu juga rakan sama belajar AD82 yang tinggal di Puncak Alam... dah hampir 20 tahun tak bertemu, cuma berjumpa di alam maya ( internet ) hampir setahun lebih....

Aku kena yakinkan kat suami, yang aku ingat jalan nak ke sana....( sebenarnya aku pun ingat-ingat lupa....hehehehe ) Dari lebuhraya nak ke Puncak alam jauh juga...

Gambar kat atas... aku dan kecik , posing-posing dalam kereta... nak hilangkan boring...at last, kecik tertidur...
Malangnya... jalan yang aku tunjuk, dah masuk jalan yang salah.....oppsss....sorry aaaa....
Mula-mula dah confident kerana bertemu simpang masuk ke Puncak Alam... dan nampak bangunan UiTM......tapi sampai separuh jalan kami tersedar, bukan itu jalan yang kami pernah masuk ke situ.....aduhhhhhh.....

Akhirnya terpaksalah telefon adik.... bagitahu keadaan kami....( My suami memang tak suka kacau orang malam-malam....hehehhehe berleter tak habis laa dia....)
Dipendekkan cerita.... kami tunggu adik Iparku Yazid di Restoran di atas....... Tak lama, lebih kurang setengah jam.... adik ku dan suaminya sampai.....

Rupanya.....kami masuk jalan dari arah yang bertentangan....memang jauh dari rumah mereka...
Sempat laa aku bagi tahu kat anak...tulaa tempat ' orang kena letup'....

Lepas tu..kena kunci mulut dengan suami...sebab nanti dia sindir....hehehe kata tahu ke Puncak Alam...apa nak kata, bukan selalu ke sana......

Uitm yang kami jumpa tu, rupanya Uitm Puncak Permai... bukan Uitm Puncak Alam..

3 comments:

Kakcik Seroja said...

Lain kali, kalau datang KL, konteklah kakcik.. boleh SUAMI kakcik tolong tunjukkan jalan... :)

Apa-apahal, ini nombor hp kakcik - 0122830569

roslaini saad said...

okay kak Cik..insyaallah..memang ingin benar nak jumpa kak cik...mungkin bulan 12 nanti ke sana..tidak pun kalau anak sulong nanti minta hantar balik...UIa..insyaallah...

Anonymous said...

He he kami yang duduk kat Kolompo ni pun kadang2 tersesat sbb banyak jalan jalan baru dsamping highway, jalan sehala, jalan bertingkat etc. The easiest place untuk tunggu kawan2 kalau di sekitar k. lumpur adalah masjid negara atau masjid Wilayah. Tempat ni agak mudah untuk dituju terutama dari ipoh.

mountain climber