Pages

Followers

Sunday, October 10, 2010

Wahai anak...kenapa susah sangat nak faham.....

Subuh tadi aku bangun dengan dikejutkan suara suami yang bising-bising.... kerana anak-anak yang tak balik rumah malam tadi..... Entahlaa.....Susah juga anak-anak ni bila dah remaja.... susah kerana mereka tak faham yang kita begitu risaukan mereka...
Fakrur Razi aku dapat tahu pergi ke Kuala Lumpur dengan kawan-kawan...( pergi pun tak bagi tahu..) Bila aku sms dia kata on the way, nak balik Ipoh... Sekali lagi aku sms dia kata dah sampai Ipoh...aku ingat okaylaa...aku pun masuk tidor... Tapi anak bertuah tu, entah pukul berapa baru balik rumah. Bila bangun tidor aku tengok dia dah tidor depan tv....okaylaa tu.

Si Hakim pula... katanya ada catering.. Masa keluar rumah...begitu excited dengan seluar hitam baju putih.... ( exam tak habis lagi pun...haram dia kesah...) Kata dia, habis pukul 12.oo malam.... Bila dah 12 malam , dia tak balik lagi ,,..jadi aku call, katanya dia tolong susun kerusi kat rumah kenduri, jiran aku juga... Pun dah yakin anak-anak selamat... aku pun masuk tidor..

Tapi bila pagi baru aku tahu...dia tak balik...Padanlaaa..si ayah bising....

Bila aku keluar mencari kat rumah kenduri, baru aku tahu... dia tidor kat rumah kawan..

Lagilaa bising si ayah...

Cabaran betul membesarkan anak-anak remaja ni... Kenapa susah benar mereka nak faham, hati dan perasaan emak, ayah...

Walaupun aku yakin anak-anak aku boleh berfikir baik dan buruk... tapi, yang aku paling bimbang...mereka tersilap langkah, ditipu kawan-kawan sendiri... berada di tempat yang salah, di masa yang salah.. yang boleh mengelapkan seluruh kehidupan mereka....

3 comments:

kakcik said...

Kakcik ni Ros, jangan kata anak, kalau ayahnya balik lambat pun susah nak lelapkan mata - bimbang terjadi sesuatu yang tak diingini, kalau anak apatah lagi... tapi, itulah - mereka bukan nak faham... :(

Kamsiah said...

salam
mmg menjaga anak2 remaja seklarang
satu cabaran buat kita bergelar mak ayah
tak mcm zaman kita dulu
anak2 skrg anggap dia org semua betul
kita ni ketinggalan zaman
tak bg keluar,kata kita mengongkong
dah bg izin,opanjang pulak langkahnya
laki ka,pompuan ka,sama ja kebimbangan kita

roslaini saad said...

KAK CIK.. KALAU AYAHNYA TAK CALL PUN BIMBANG JUGA...HEHEHE isykkk..ORANG LELAKI NI TAK LEH KE BUAT KITA TAK RISAU...???

kAMSIAH
TERIMA KASIH KERANA BERKUNJUNG.
YER PUN..SEKARANG ANAK LELAKI , ANAK PEREMPUAN SEMUA SAMA...DAH TU KITA NI SEMUANYA TAK BETULL..KETINGGALAN ZAMAN...BERDOALAA KITA..SEMOGA ANAK-ANAK KITA SELAMAT.