Pages

Followers

Tuesday, October 12, 2010

Duit raya jadi penyelamat...

Hari ni nyaris lagi tak terjadi satu trajedi yang memalukan aku.... Mana tidaknya sebaik nak buat pembayaran di kaunter hasil, petang tadi, baru aku sedar, duit yang aku bawa tak mencukupi. Sebenarnya aku ke sana kerana membawa surat akuan salah satu dokumen aku hilang, tak dapat dikesan... (Untuk berurusan dengan bank aku perlukan dokumen tersebut) dan untuk mendapat chop setem hasil aku dikenakan bayaran rm 20.00 ...Kemudian baru aku teringat, aku baru je beli makanan untuk anak-anak tengahari tadi dan hulur duit dekat anak aku juga untuk beli barang...

Aduhhh...puas aku korek dalam handbag, dapatlaa jumpa rm 3.00 ... Bila dibilang jumlah yang ada masih tak cukup lagi rm 1.00.

Entah camana aku teringat nak membelek, sampul duit raya si Kecik yang ada dalam beg aku..... Mak oooiii...rasa nak melompat... heheheh leganya, tengok-tengok adalah terselit seringgit di situ....
Nasib baiklaa ada... Kalau tidak, mungkin aku kena balik dan berurusan pula keesukkan hari...

Sebenarnya ini hari ke dua aku datang... semalam aku datang , tapi kerana aku datang dah pukul 4.00 petang , kaunter untuk urusan ini dah tutup....Nasib baik pejabat ini tak jauh dari rumah aku...kalau tidak, kesian aku....

Peringatan untuk aku selepas ini...apa-apa pun check dulu dompet duit...dan jangan buat sesuatu tergesa-gesa...kalau tidak sendiri malu...

2 comments:

kak Erna said...

salam ros..nasib baik ada jugak..akak pernah pi pasar..dah mintak segala macam ikan..sayur..tiba2 tengok..dompet tak ada dalam henbeg..lansung tak ada..malu tak tau nak kata..

roslaini saad said...

Kak Erna..

heheh..kadang-kadang kita ni berjalan dengan confiden, konon duit ada dalam beg...
apa-apa pun jadi pengajaran...