Pages

Followers

Wednesday, October 13, 2010

Mulut ku celupar...

Hari Ahad lalu aku melintasi tempat kejadian di mana sebuah bas ekspress terbabas dan mengakibatkan 10 orang maut... ketika itu aku sedang memandu, dan membawa dua orang rakan . Kami dalam perjalanan balik dari " melawat" tempat jualan kraft perkahwinan di Jalan Kuala Kangsar...

Bila melintas di situ, tiba-tiba aku teringat kejadian malang itu... Dan aku berkata pada dua kawan yang jadi penumpang ku...

" Perasan tak raya tahun ni, tak ada kemalangan bas yang teruk kan...kalau tidak tiap-tiap tahun ada..." dan kami pun berbual laa pasal kemalangan bas dan jalan raya yang pernah berlaku sepanjang perayaan hari raya yang lalu.... Antara pandangan aku , tidak terjadinya kemalangan maut yang dasyat kerana, kita asyik nak tahu tentang kes jutawan Sosilawati Lawiya.... yang hilang dan didapati dibunuh.... hingga kita tak memikirkan tentang kemalangan jalanraya...macam selalu.

( waktu tu lebih kurang pukul 6 petang lebih....)

Sebelah malam aku terkejut... bila mendengar berita kemalangan maut yang mengakibatkan 12 orang maut...

2 comments:

kakcik said...

Minta-mintalah tiada lagi kejadian pembunuhan beramai2 di atas jalanraya ini berlaku lagi. Sedih. :(

Uncle Lee said...

Hi Roslani, ada juga saya dengar macham ni.
Very unusual kan.
Only pagi ni, my wife said, "when you going for your annual eye test"?

Tada stengah jam, the Eye doctor office telephone, "Mr Lee, would you like to come for your eye test tomorrow".

Isteri saya look at me, terperanjat. Saya pun.
You have a nice day, Lee.