Pages

Followers

Friday, October 8, 2010

Menjadi pendengar .....

Dua tiga hari sudah, aku menerima sms dari seorang rakan lama.....jarang-jarang bersms dengannya, tapi kali ni kisahnya agak menarik perhatian aku....
Dia mensyaki isterinya curang..... dia minta pendapat aku apa nak buat.... Sebab aku kenal isterinya, rasa tak percaya pun ada.... tapi manusia ni, sesiapa pun boleh berubah sekelip mata...
Aku tahu ...dia ceritakan dekat aku bukan kerana nak pendapat aku, tapi kerana memerlukan seseorang untuk mendengar masalah dia....Bukan mudah nak ceritakan hal-hal sebegini kepada orang lain... Silap-silap...Satu bandar akan mendapat tahu masalah dia....

Jadi akhirnya, aku membalas sms dia dengan menulis...

I know you know what to do...I have no komen about this....I.m sure what ever action you make...it is the best for you....

Bukan saja mengada nak tulis bahasa Inggeris.. tapi bila menulis bahasa melayu, macam ada sesuatu yang canggung...( aku pun bukan bagus sangat bahasa inggeris...tapi belasah jelaa...)

Dan hari ni... sebelum balik tengahari tadi, aku didatangi seorang kawan kat bilik setor aku..
( aku tak ada meja kat bilik guru...bilik aku kat setor barang seni....). Rupanya kawan ini pun datang untuk meluah perasaan..... kisah rumahtangga juga. Suaminya main kayu bukan tiga, tapi empat .....Baru berumah tangga dalam dua tahun, suami dah buat hal......

Pun sama, aku rasa kawan aku ni bukan minta aku selesaikan masalah... tapi hanya mahu aku jadi pendengar kepada luahan hati dia..... Kesian juga.....

Pada aku dia cukup baik.... Biasanya wanita, kalau dengar suami curang, mesti dah bertarik-tarik rambut dengan wanita-wanita terbabit, tapi dia tidak..... dia akui suami dia yang miang.....dan suka menggatal.

Memang aku cukup bersimpati, apatah lagi ini perkahwinan kedua beliau....Dalam setiap perkahwinan pada aku memang ada 'gelombang ujian' ...siapa kuat berpaut pada bahtera perkahwinan mungkin akan selamat... tapi kalau diri sendiri tak kuat... memang akan hanyut....dan terhempas... sebab tu tak hairan, hari-hari ada saja berita orang cerai berai.........

Aku sendiri dah merasa' gelombang ujian' ini.... Walaupun melepasi ujian..., tapi masih kena berhati-hati dan berjaga-jaga....Mana tahu lepas ni "tsunami " pulak datang.....

1 comment:

Kakcik Seroja said...

Kakcik selalu mengingatkan diri kakcik dan juga kawan2 yang meminta pandangan - 'bahawa dalam berumahtangga, tiada tempoh yang dikatakan 'tempoh selamat', apatah lagi kalau kita belum dilanda dengan ujian yang benar2 boleh menggugat'. Kakcik berkata begitu bila memandangkan sesetengah pasangan seenaknya menetapkan satu2 tempoh sebagai 'tempoh percubaan'. Misalnya, kalau dah lepas sepuluh tahun - tiada gelombang, bererti rumah tangga akan aman damai ke akhir hayat. Oh! kita bukan Tuhan yang boleh menentukan sesedap rasa....