Pages

Followers

Wednesday, October 6, 2010

jadi Wakil Pengetua...al- kisah

(gambar hiasan semata-mata...kiut pulak..)

Semalam aku ditugaskan untuk menjadi wakil Pengetua...untuk satu program Membaca di IPT bersebelahan...Ini kerana sesuai dengan jawatan aku di sekolah sebagai Guru Penyelaras Media.

Majlis pada aku cukup grand.... Tapi dalam kad jemputan tulis bermula pukul 8.45 pagi....sebenarnya bermula pada pukul 10.00 pagi...( lama tu...nasib baik diberi makan pagi dulu...) Tetamu yang hadir bersama aku pagi tu.. adalah terdiri dari juri-juri pertandingan Pidato yang diadakan sebelum majlis penutup dan penyampaian hadiah....hebat-hebat orangnya , dua darinya dari Institut Perguruan Ipoh dan seorang lagi dari KARYAWAN...juga orang yang hebat,..( aku dengar mereka berbual, bukan alang-alang bahan bualan...) Yang aku terkedu...juri yang begitu hebat...tapi penyertaaan hanya 3 calun sahaja....aku ulang ....3 sahaja...Padahal pidato tu peringkat zon utara..bagi IPT ni..

Bila peserta pertama menyampaikan pidato...aku mula rasa nak cabut je... Habis saja memang aku keluar dan balik...nak ambil kamera yang tertinggal...sebab aku difahamkan, anak murid aku akan menjadi pemidato jemputan...(.Ambil gambar bukti aku hadir...hahaahhah....)

Eluk aku sampai balik....3 pemidato dah selesai menyampaikan pidato....Tak tengok pun aku tahu siapa yang menang...sebab ada 3 orang ...dah tentu semua menang... Dan kemudian, pelajar aku Khodijah menyampaikan pidato...( dia memang hebat...kalau dia yang bertanding..dia akan pukul habis, peserta IPT ni...) Semua terdiam bila dia berpidato...aku tengok juri pun terpegun....

Lepas tu...punyalaa membuang masa..menunggu tetamu pulak, untuk majlis penutup.......
Dipendekkan cerita....penutup majlis...jamuan makan laa...dan kami dijemput makan...... Yang aku rasa nak tergelak....untuk meja VIP.. mereka yang jadi jawatankuasa duduk dulu..( mereka ni pakai bunga...) aku yang jadi tetamu...???? Sudahnya makan Buffet je.......( apa punya protokol daaa...)

Habis makan aku ingat nak terus balik.....Rupanya......Huwaaaaaaaaaaaaaaaaa.......
kereta aku dan beberapa kereta lain kena blok dengan berpuluh motorsikal pelajar..................
Aduh....kalau satu boleh juga diubah.. Kalau macam kereta kancil..diesot-esot..lepas juga......

Kata pegawai IPT tu... selalu ada pengawal keselamatan jaga...jadi budak-budak tu ' bijak ' letak motorsikal mereka....tapi bila tak ada siapa jaga...inilah jadinya....

Dalam kepala aku dah keluar satu ayat...." Besar aje tapi tak berakal..."
Kalau berakal, tentu dia berfikir, camana kereta nak keluar, kalau aku letak motosikal kat sini...
Akhirnya... dekat sejam jugalaa...dengan bantuan dua pegawai IPT tu, dan beberapa motosikal dah keluar...barulaaa aku dapat keluar dan balikk.....aduhhhhh....

Moral of the day....Bukanlaa glamor sangat jadi Wakil Pengetua....kena macam ni rasa tobat pun ada.....

No comments: