Pages

Followers

Monday, October 4, 2010

Adakah patut.....

Hari ni aku tersentak , baca di dinding seseorang dalam facebook yang menulis...
" Matila cepat doktor gila tu..."

Isykkk... ada ka patut tulis macam tu... Walaupun aku dapat jangka, doktor mana yang dimaksudkan...tapi aku tak mahu nyatakan di sini...

Memang aku tak faham sesetengah manusia ni.... Sesuka hati menulis dan membuat kenyataan...senang benar mendoakan orang lain cepat mati..

Dia tu sapa...???? Bagus sangatkaa...apa jasa yang dia dah tabur pada negara...??? Berbanding dengan orang yang dia dok kata...

Yang aku heran, orang-orang muda sekarang... lahir dah senang lenang, dengan kemodenan dan pembangunan , dok sedap-sedap nak bagi komplain macam-macam....

Hidup tak pernah rasa, jalan kaki berbatu-batu....( tanah merah lagi...)
Hidup tak pernah rasa api pelita...tahu-tahu celik ada letrik...
hidup tak pernah tahu macam mana mandi air telaga.. basuh kain air sungai.....
Hidup tak pernah turun ke bendang, menoreh getah...
hidup tak pernah gembala lembu, gembala kambing, meredah hutan....

Tahu-tahu...nak cakap tentang ,perubahan...

..nak pimpin rumahtangga sendiri pun belum tentu lepas.. .. nak kutuk orang...

4 comments:

kakcik said...

Hidup mati kita DIA yang tentukan. Semoga kita hidup berguna, mati berjasa. Amin.

luahfikiran said...

SALAM,
SOAL MATI HIDUP INI URUSAN ALLAH ! BAGAIMANA KALAU ORANG BERDOA AGAR DIRI KITA MATI SECEPAT MUNGKIN? TAK BAGUS KAN ? PERKARA YANG KITA TAK SUKA ORANG BUAT KEPADA KITA, JANGAN KITA BUAT KEPADA ORANG LAIN !

roslaini saad said...

Kak Cik...
Hanya kita yang waras tahu hanya Dia yang tentukan hidup mati kita..tapi ada yang sesedap dia aje nak tulis...

Luah fikiran....
Setuju sangat , urusan hidup ini urusan Allah...tapi kaki nak kutuk orang ni..mana ada fikir...

Uncle Lee said...

Hello Roslaini, I am not on FB, or tu Tweet, but I guess bila tengok or bacha what some people tulis, quite scary.
And from what you mentioned, I think thats not nice.
I guess sekarang punya budak2 or young people what with TV, movie punya influence, they pun ikut....
Times have changed.

You stay easy, and keep well, Lee.