Pages

Followers

Friday, October 29, 2010

Lembu ke ni....????

Sejak semalam aku sebuk menanda kertas-kertas peperiksaan akhir tahun bagi pelajar-pelajar aku tingkatan 4T dan 4K.....( tingkatan 5 dah selesai dengan peperiksaan percubaan..)
Dan sejak semalam, aku rasa nak ketawa pun ada..nak marah pun ada...dan macam-macam perasaan lagi ada...bila tengok lukisan=lukisan anak-anak murid aku ni... Yang paling lucu, bila tengok lukisan-lukisan lembu ni......aduh...gelak sorang-sorang aku dibuatnya...
Soalannya..Gambarkan satu suasana, beberapa ekor lembu sedang meragut rumput di tepi sebatang sungai..Lebih kurang gitulaa soalannya...Biasanya , dalam soalan SPM memang akan keluar satu soalan berkaitan dengan binatang...jadi aku cuma nak cuba-cuba dengan pelajar-pelajar ku ini....Rupanya ramai pula berminat dengan soalan ini...
Tapi yang lucunya...tengoklaa rupa bentuk lembu yang dilukiskan.... nak kata lembu bukan lembu...kambing pun bukan...B### pun ada rupa sikit-sikit...
Yang aku herankan....berani betul mereka buat soalan ini. Padahal mereka tak pandai lukis gambar lembu pun....

Tapi inilah realiti sebenarnya pelajar-pelajar aku... lain yang kita ajar...lain yang mereka suka buat...

2 comments:

BonekadalamChermin said...

salam jenguk-jenguk

subjek seni ialah subjek kegemaran saya!!! aaaaaaa!!! bestnya!

amelia said...

tapi overall, comel jugak lembu tu kan.. hahaha
sy punya agak buruk, maaf yer cikgu.. time tu hilang mood, da la hujan... memang mengantuk.. hehe