Pages

Followers

Friday, October 29, 2010

Gadis Melayu


( Gambar terbaru....ambil menggunakan web cam..)

Aku terbaca dalam beberapa blog...pertandingan Gadis Melayu dah berakhir..dan pemenangnya pun dah diketahui...Sebenarnya dari mula sampai akhir...aku tak ikuti pun... tak minat.

Tapi aku ikuti juga perkembangannya dalam suratkhabar..blog dan website...

Yang aku tak faham kriteria yang dipertandingkan...
Gadis Melayu mesti pandai berlakon ke..hehehe

Kenapa tidak ..buat pertanding mencari " Gadis Melayu" antara ciri-cirinya..

1. Pandai buat gulai tempoyak...( kalau kari...mirip macam gadis India laa pulak)
2. Pandai ikat kain sarong.....( sekarang ni kebanyakkannya dah tak pakai pun...
3. Pandai mengaji Quran...( macam filem Dayang Senandung...hinggakan putera raja pun terpikat walaupun hitam...)
4. Pandai melayan budak-budak....
5. Pandai buat sanggul dan pakai kebaya kain lepas...
6. Pandai menganyam ketupat.
7. Pandai menekat benang emas...atau mengayam tikar...
8. Pandai melayan tetamu...boleh masak untuk satu famili...
pandai masak nasi...

dan jangan lupa ujilah IQ....tentang budaya Melayu...cakap bahasa Melayu...
isykkk...banyak lagi laa...



6 comments:

AZNI BINTI MAT ISA said...

setuju sangat2,, gadis melayu di TV3 plastik dan terlalu komersil.nyampah nak tengok..menyalah guna tajuk

Anonymous said...

Salam Puan Ros,

Sebenarnya saya tak minat ikuti gadis melayu. Sama juga macam cari menantu dulu tu. Pendapat saya rancangan ni merapu je. Lagi satu apa yang Puan Ros cakap tu ada betulnya, kriteria macam tulah yang perlu. Saya rasa rancangan ni dibuat untuk tujuan komersil jadi tak mencerminkan ciri ciri gadis melayu sebenar.Lagi satu apa perlunya nak tunjuk sangat rancangan yang punyai tajuk macam ni? Tak faham.

mountain climber.

Idalara said...

salam cikgu Ros..
sy pun lngsung tak ikuti rancangan gadis melayu yg banyak pura2 itu..klau tk percaya nnti tguklah kat luar,bagaimana cara pakaian mereka yg dinamakna gadis melayu..silap2 ada antara merak pakai bju kurung pun setahun sekali!

uncle gedek said...

Hahaha! Saya pon pernah bincang benda yang sama dengan 'the wify' Apakah syarat untok jadi Gadis Melayu yang sebenarnya...! Buat saya tergelak tang kari tu!

BTW, Kat gambar tu... lukisan kat belakang tu, karya siapa agaknya?

roslaini saad said...

Salam...
Amboi dekni..dah lama tak komen-komen dalam blog uda...nanti jumpa di Taiping

mount climber...
Masalah orang macam kita ni..tak ada modal, nak buat program yang bagus..hhehe agaknya kalau kita buat program..ada orang nak tengok tak..

Idalara..terima kasih kerana sudi menjengah ke blog hamba...saya baru tengok, gambar mereka masa di final...aduhh...pelik sungguh tudung mereka..tak kena langsung..

Gedek..potret di belakang tu..saya yang lukis...sebagai daya penarik untuk pelajar..

nazron said...

GADIS MELAYU YANG JADI JUARA BARU BARU NI 'SIANG' IKAN PUN TAK PANDAI.EPISOD KE BERAPA HARI TU..SURUH 'SIANG' IKAN PUN BOLEH KANTOI..APA PUNYA TURRR..