Pages

Followers

Sunday, October 17, 2010

Kali terakhir....apa pula penilaian lepas ni...????

Semalam aku menduduki PTK untuk DG44 untuk kali kedua.... dan untuk kali terakhir....
kerana lepas ni PTK akan dimansuhkan.....

Sebenarnya aku bukan bersedia pun untuk exam...( kalau anak-anak tu aku dah bising..) sebab aku dah lulus 3-3 untuk exam yang lepas..... Kali ni saja-saja ambil, bukan target 4-4 pun.... dan aku pun tak yakin untuk dapat 4-4....( tak study mana boleh dapat)

Lepas ni macam mana bentuk penilaian , entahlaaa.....Kalau diambil kira tahap pendidikan ,,..kira ada gunalaa aku pi sambung belajar hari tu...Kalau tidak simpan je dalam fail...( mudah-mudahan laa...sebab bukan ramai yang sambung buat sarjana...lebih mudah penilaian untuk naik pangkat, berbanding yang tidak sambung...)

Kalau dibuat penilaian berdasarkan senioriti....untung juga laa aku yang dah lama dalam perkhidmatan....

Atau kalau ada bentuk lain penilaian...?????? .... Tu yang malas aku fikirkan tu.... sebab selalunya menyakitkan hati je... sebab menguntungkan satu pihak je... walau pun mereka kata adil macamana pun...

Macam sistem yang dulu...ada orang 10 tahun je berkhidmat dah dapat naik pangkat...aku pulak kena tunggu 18 tahun.....jauh bezakan...

Yang sebelumnya..ada menegak ada melintang... aku tak dapat jugak....!!! so mana adilnya...

TAPI ....yakin dengan rezeki Allah....Insyaallah...... Allah bagi cara lain...mungkin bukan dalam bentuk pangkat dan kedudukan........apa-apa pun redhaa..

WAALLAHUALAM....

No comments: