Pages

Followers

Monday, October 18, 2010

Dia nak kahwin lagi....

Aku kenal lelaki ini melalui ruangan chat room yahoo messager...... beberapa tahun dulu aku memang gemar sangat bersembang di laman maya...tapi sejak pandai berblog, kegiatan chating dah mulai kurang aku lakukan...malah dah terasa boring,, melayan soalan yang entah apa-apa....( sebenarnya payah nak jumpa, dalam chat room orang nak berbual topik yang berguna.... kalau ada tak lain dari orang yang nak kita join bisnes dia....)

Aku kenali nama dia dengan nama Awang.... tapi baru-baru ni , dia add nama aku dalam facebook...
memang aku mulanya tak cam sebab dia guna nama sebenar....( muka tak kenal...tak ada gambar..)

Awang kalau bersembang dengan aku... selalu berkisar tentang rumahtangga dia...banyak kisahnya aku dah lupa.... sebab aku cuma layan sembang...tapi bukan simpan dalam kepala...
Kalau tak silap aku isteri si Awang ni, seorang surirumahtangga...dan mereka dah ada anak...

oppssss...jangan tersilap yer...aku anggap diri aku seorang kakak je...yang jadi pendengar bila ada orang nak luahkan perasaan.....( ramai yang meluahkan perasaan begini...luah pada orang yang tak dikenali... aku pun bukan kenal mereka...)

Melalui facebook baru ni... Awang ceritakan pada aku, hal dia lagi... dia dah jatuh cinta lagi..dan nak kahwin.................. Dari ayat dia, macam dia nak aku merestui...setuju dengan tindakan yang nak diambil...

Awang ni kalau tak silap aku bukan laa tua sangat..baya-baya adik aku yang bongsu je... Anak pun dah ada...berapa orang aku tak pasti......tapi kecik-kecik lagi..

Awang ni nak pendapat aku...macamana kalau dia kahwin lagi....

Nasihat aku mudah je....

1. Kalau boleh berlaku adil ... kahwinlaa, agama Islam pun ajar begitu... tapi boleh adil ke ..????

2. Isteri bagi izin tak...??? Kalau tak izin lebih baik jangan,...sebab yang isteri bagi izin pun pening kepala juga nak handle dua-dua......

3. Mampu ke tidak..? kalau tak mampu lebih baik jangan...nanti hujung bulan pening kepala, ..nak bayar hutang sana sini. Perkahwinan tu untuk ketenangan ...bukan bikin serabut kepala..

4. Dah habis fikir ke...??? fikir habis-habis.....yang bini sorang pun pening kepala...kalau dua lagi laaa....


Tapi satu bab lagi ni...memang aku suruh dia fikir habis-habis....sebab dia cerita, gadis yang dia nak buat bini no 2 ni...dah pernah terlanjur.....bukan dengan dia tapi dengan orang lain.

Budak perempuan ni, bukannya budak sebarangan...budak universiti tu...patutnya perkara ni tak boleh terjadi....

Aku bukan penentang poligami...kerana aku dah jumpa poligami yang indah....tapi kalau nak tambah bala lebih baik jangan...Dan orang lelaki ni , aku tahu...kalau mereka kata nak kahwin , orang lain kata jangan pun, mereka tetap akan kahwin........................

7 comments:

kakcik said...

Kalau bab kahwin... pandai depa kata ikut sunnah, kan?....

roslaini saad said...

Kak cik...
Orang lelaki ni, bab kahwin dua, tiga atau empat ni, memang suka...
apalagi kalau kita mengiyakan...

Pada mereka soal mampu, adil belakang cerita...

KuNanGKuNanG said...

pe yg lelaki nak sebenarnye.....?

Uncle Lee said...

Hello Roslaini, very interesting cherita ni.
Saya satu isteri da la lintang pukang. Kasut2 dia da tolak kasut saya ta'tempat.
Kalau dua isteri, atau tiga? Habis cherita. Ha ha.

Have a nice day, Lee.

roslaini saad said...

Salam Kunang Kunang...
terima kasih kaerana sudi singgah..
Ape lelaki nak ...???? Nafsu laa dek..apa lagi..dah tu pandai cari yang makan gaji semua...hehe tak payah laa susah nak bagi nafkah...

Uncle Lee..
Terima kasih kerana berkunjung ke blog saya...
Susah nak jumpa lelaki yang setia macam uncle..walaupun suka wanita cantik...heheheh..( men memang suka perempuan cantik....)

Anonymous said...

Salam Puan Ros. Ni nak cerita kisah orang2 yg beristeri 2.

Kes 1.
Berlaku pd sedara dekat saya.Anak l/kurang 12 orang. Semua anaknya paling top pun guru itu pun sorang. Yang lain setakat kerja spm,srp dan ada juga yang jadi kuli. Melalui pemerhatian, saya rasa dia tak dapat tumpu mendidik anak2 w/pun dia seorang yang baik.

Kes 2.
Salah sorang kawan saya beristeri tiga. masalah utama yang selalu diceritakan pd saya ialah salah seorang isterinya tak pernah hendak mengalah serta mau dia duduk lama dirumahnya. Kadang2 tu boleh bertengkar.

Kes3.
Pada satu masa dulu seorang yang saya kenali iaitu seorang pengurus kilang telah berkahwin dngan salah seorang pekerjanya sebagai isteri kedua. Isteri pertama terpaksa jual kuih manakala anaknya dikatakan terbiar. Ada masanya kanak2 trsebut diberitakan buku sekolah pun kadang2 tak mampu beli.Walhal manager masa tu pekak2 pun RM 3000.Tapi dah ada 2 periuk atau atas sebab lain maka anak terabai.

Kes 4.
Kawan saya juga. Kadang2 terpaksa berlakon pergi kerja tapi sebenarnya cuti untuk mengelakkan masalah r/tangga. Selain tu kalau beli barang yang tak sama alamat bergaduhlah. Saya dimaklumkan kepala dok pening je manjang.

Jadi nasihat saya pada kawan Puan Ros yang nak kawin 2 tu jangan pikir 2 atau 3 kali tapi pikirlah 200 atau 300 kali. Tapi kalau tujuannya nak nolong saya no komen la sebab niat dia baik. Tapi yang susahnya berlaku adil tu..dan juga menumpukan perhatian pada anak2.

Mountain climber

roslaini saad said...

Mount climber..

Memang banyak kes, bila orang kawin dua ni..hidup mereka anak-beranak lintang pukang..payah nak cari contoh yang terbaik...
Kenapa tak nak belajar dari pegalaman orang lain...