Pages

Followers

Friday, October 15, 2010

Hutang 20 tahun..menemukan dengan sahabat lama...

Hari ini aku menerima satu surat ekspress di sekolah... terkejut juga, kerana aku tak ada buat urusan apa-apa untuk dapat surat seumpama itu.....

Tapi bila terpandang pengirimnya... aku tiba-tiba jadi teruja, kerana pengirimnya roomate aku di ITM dulu pada tahun 82. Kali terakhir aku jumpa dia masa aku sambung belajar tahun 90, masa tu dia dah jadi cikgu di Terengganu, dan aku baru mengikuti kursus Pendidikan Seni di ITM.....

Sebenarnya kebelakangan ini aku memang sering teringatkannya kerana tempat asalnya di Tanjung Sepat,,,Banting ( tempat kes pembunuhan Sosilawati..) dan aku pernah berkunjung ke sana, semasa perkahwinan abangnya dulu.

Isi suratnya ringkas saja...( orang sekarang memang tak suka tulis surat )...tapi yang mengejutkan aku, disertakan bersama wang RM 50.00.... Katanya bayar hutang, 20 tahun dulu.... hahahhaha aku pun dah lupa sebenarnya. Dulu memang aku ada jual batik . ( aku pernah jadi pengusaha batik ) Dan bila aku habis belajar dan mula posting... kami terus putus hubungan..

Dia dapat alamat sekolah aku dari seorang guru juga yang sama-sama memeriksa kertas PSV seperti aku...

Apa-apa pun aku memang gembira betul dapat berita dari kawan aku ni.......

2 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah sempat juga dia mengetahui alamat Puan Ros seterusnya membayar hutang tu.Hutang kena bayar juga dengan apa carapun walau seposen yang kita pinjam. Even kalau tak silap saya orang mati syahid pun bab hutang ni tak lepas (Ni kena check balik ngan ustaz). Sebab tu kalau dah tak jumpa tu kita halalkan sajalah. tapi dah dia hantar tu sapu ajele.Tapi yg paling penting di sini ingatannya pada Puan Ros.Ok chau dulu.. ◙

Muchas gracias

mountain climber.

roslaini saad said...

anonymous...Hutang lama kebanyakkan saya dah halalkan...tapi kalau dibayar kira rezeki laa..memang banyak juga orang berutang yang tak bayar balik...nak mintak pun...dah lupa jumlahnya...jadi halal saja..

tapi yang penting ukhwah dan persahabatan...tak akan hilang dan putus begitu saja.a..