Pages

Followers

Monday, September 20, 2010

Berjaya akhirnya....

Gambar ni sebenarnya tak ada kena mengena dengan entry yang aku nak tulis....hehehhe.Gambar diambil oleh si Kecik masa aku pergi beraya di rumah adik iparku di Bidor.... duduk di sebelah My suami aku nampak kurus kan....hahhahahhah...

Aku sebenarnya nak cerita... bagaimana aku berjaya juga akhirnya menyiapkan juadah untuk dijamu kepada adik-adik ipar dan keluarga yang datang ke rumahku ahad baru ni..( 3 keluarga )
Kebetulan mereka nak hantar anak-anak balik asrama...jadi mereka singgahlaa beraya kat rumah aku....


Aku nak ambil gambar...tapi apa malangnya, kad memorinya ada masalah...jadi aku tempekkan gambar masa aku ziarah raya rumah adik baru ni...

Aku sediakan....laksa penang, nasi impit dan kuah kacang...tambahannya aku goreng ayam bersalut tepung.... My suami pula nak sediakan pecal...mmm tak kuasa nak cakap kat dia... budak-budak bukannya nak makan pecal...Lagi pun pecal sedap makan dengan nasi... aku tak kisahlaa..janji dia tolong aku.... dann...aku buatkan kek chokelat......

Apa-apa pun lega....Ujian masak-memasak lepas.....walaupun penat dan masih tak habis mengemas...
Yang kelakarnya...... bila time kawan-kawan si Hakim datang., aku terkejut juga bila tengok dua dari kawannya anak murid aku ( berlainan sekolah dengan Hakim...) Rupanya mereka tak sangka, rumah yang mereka nak datang tu rumah aku......

4 comments:

Kakcik Seroja said...

Tahniah Ros kerana berjaya menyediakan hidangan raya yang agak berat juga tu...

hentian said...

IM nama je duduk kat penang tapi tak tahu pulak apa beza laksa penang dengan laksa negeri lain.

biasa pekena laksa pokok janggus kat balik pulau?

FaAtip said...

lepas tetamu balik, ada rasa nak fengsan tak? hehehehe...

roslaini saad said...

Kak Cik...
Saya ni memang jarang menjamu orang makan..entah macamana teringat nak buat laksa...nasi impit tu..biasa, anak-anak suka makan..

IM..LAKSA ni banyak jenis sebenarnya, ada laksa johor, sarawak, terengganu..hdhdh..laksa Penang ni macam laksa utara laa..

Fa..fuhhh...bukan rasa nak fengsan..rasa nak tidor...hahhaha
tapi inilaa pengalaman..kalau tak buat...tak tahu boleh ke tidak..
mm..fa n atip bila nak mai...heheh..boleh teman masak lagi...