Pages

Followers

Tuesday, September 21, 2010

Seronok betul...

Hari ni aku rasa seronok betul...sebab dapat hubungi seorang rakan karib sesama bilik dan kelas semasa di ITM ( sekarang UiTM ) dulu.....

Aku dapat sms raya dari dia...semasa hari raya..tapi kerana aku tahu, masa tu mungkin orang sibuk dengan pelbagai hal...jadi aku tangguh hingga hari ini untuk telefon...

Orang yang aku maksudkan ialah SEri Atun Abu Bakar...seorang guru di Alor Star , Kedah... Tadi dia sempat cerita, dia dan suami sekarang buat kedai andam pengantin serta pekejnya di Alor Star...

Sekarang aku menanti dia menghantar no telefon seorang lagi rakan karib yang dah terputus juga hubungan...Along atau Zaleha Mohammed NOr..seorang guru juga di Sg Besar, Selangor...

Entahlaa... kian tua, kian rindu zaman remaja dan kawan-kawan lama....

3 comments:

kakcik said...

Kalau boleh... rasa nak balik ke zaman belajar dulu, kan Ros? :)

roslaini saad said...

yerlaa Kak Cik..

Budak-budak sekarang terlalu cepat nak jadi dewasa..tapi kita yang dah berusia, ingin kembali zaman sekolah..

anyss said...

Salam,
Ingat masa2 belajar memang best...banyak kenangan manis. Kalau boleh nak belajar dan berada dalam musim itu lama2 ;)