Pages

Followers

Saturday, September 18, 2010

Nak jamu apa...???????

terima kasih My small Kichen...kerana gambar ni.

Ahad ni, adik ipar aku kata nak singgah kat rumah...langsung nak hantar anaknya balik ke asrama.... Mula laa aku fikir nak jamu apa bila mereka datang.....Aku ni bukan laa pandai sangat masak.. Skill masak yang ada pun bila dah lama tak praktik..dah rasa tak confident.... Tambah lagi, adik ipar aku ni, suami isteri memang pandai masak....aduhhhhh!!!!
Kalau ketupat pulut daun palas ni...boleh laa aku tunjuk terror sebab mereka tak pernah buat..
Orang Bota makan pulut lemang, kami di Utara yang makan ketupat daun palas..
Terima kasih My small kichen...kerana gambar ni.

Nak buat mee kari... dia pun jamu kami mee kari baru-baru ni...( aku pun sebenarnya teringin nak masak mee kari...tapi nantilaa..
gambar dari blog secubit garam..

Nasi tomato ni pun boleh laa sikit-sikit.......tapi...hehehhe tak confident laa pulakkk...( anak-anak aku pun pandai komplain...)

Orang kata nak jamu orang makan kena ikhlas...tapi entahlaa sejak dulu aku tak ada confident.Mungkin sebab dari zaman aku anak dara, aku tak pernah dapat pujian bab masak memasak....( kakak-kakak aku ramai..) sebab tu sampai ke tua aku tak begitu confident.

Bila dah kahwin... tiap kali aku suruh suami beli ikan, dia beli lauk dah siap masak.....
Sedikit demi sedikit memang aku pun yakin aku tak pandai masak. Bukan alasan.
Aku lebih happy masak untuk anak-anak...sebab mereka tak banyak complain.
Anak aku yang kecil lagi simple... " Mak buat telur goreng dengan kicap...sedap.."
hahahhaah....

Al kisah, aku ingat nak buat laksa...dah lama juga tak buat laksa ni...Okay ke...
Ikan dah aku cari, laksa dah aku beli...( periuk besar sikit pun aku dah beli...memang tak ada pun kat rumah aku..) Laaa...daun kesum laa pulak, dengan bunga kantan...isykkk...

Nak makan dalam apa pulak...alahai...Aku bukan jenis beli pinggan mangkuk ni...
Mangkuk melamin adalaa..hahahha
Dalam mangkuk polisterine okay takk...??? Tak teruk basuh pinggan..
Apa-apa jelaaa..janji ikhlasss.....

1 comment:

luahfikiran said...

SALAM,
APA SAHAJA YANG KITA NAK LAKUKAN, MESTILAH IKHLAS DAN KERANA ALLAH SWT.
NAK TANYA, MEREKA JADI KE SINGGAH KE RUMAH TADI ?