Pages

Followers

Saturday, August 21, 2010

Selamat Hari Lahir ke 18 tahun.

Hari ini ..21 Ogas 2010... anak kecil ku ini dulu kini dah berusia 18 tahun.....
Bukan nak puji anak sendiri...tapi Razi memang comel sedari kecil, boleh menarik perhatian sesiapa saja yang memandang dengan senyumannya...
Sebagai abang yang sulong... Razi ada kelebihannya.. dia agak digeruni adik-adiknya.. dan agak matang dalam usia yang muda. Walaupun saiz badannya lebih kecil dari adik-adiknya tapi boleh tahan lasak...
My young man....
Gambar raya tahun sudah... demam.
Masa dia menjadi studen MRSM kepala Batas..sewaktu sesi bertemu guru dan ibubapa.
Ni gambar...lepas temuduga JPA.. Rezeki tak menyebelahi..kalau tidak dah lepas ke Jepun.
Rambut kerintingnya menyebabkan dia lain dengan adik-adiknya...
Satu-satunya anak yang ikut rambut si ayah.
Dulu dia tak suka, tapi sejak kebelakangan ni dah bangga pulak..apatah lagi bila ada yang memuji...aduhhh orang muda...
Gambar terkini.. dah bergelar mahasiswa kampus UIA.

RAZI...MOGA SUKSESS DALAM SEMUA BIDANG... DUNIA DAN AKHIRAT...
JANGAN LUPA BUMI YANG DIPIJAK. LANGIT YANG DI JUNJUNG..
MOGA SENTIASA INGATKAN ALLAH..DAN SENTIASA TAAT PERINTAHNYA..
MOGA JADI ANAK YANG BERGUNA PADA IBUBAPA, BANGSA DAN AGAMA....

4 comments:

amelia said...

bertuah betul cikgu ni.. dapat anak2 lelaki yang ader kemampuan untuk berjaya.. insyaAllah...
selamat hari lahir ke 18 tahun kepada anak cikgu tu...

amelia said...

mudah2an sukses dalam kehidupan ni...

kak Erna said...

selamat hari lahir..buat Razi..semoga menjadi anak yang solleh..

Uncle Lee said...

Hello Roslaini, you sure got a great looking boy there. Macham ni the SYTs will be lining up, have to take a number, ha ha.

Happy birthday to your son. And may the winds of destiny carry him aloft to dance with the stars.
Apa you masak buka puasa? Ikan goreng sumbat sambal? Udang gala and nanas lemak? Ha ha.
Have a nice day, Lee.