Pages

Followers

Friday, August 20, 2010

Dah 10 hari berpuasa, Nak fikir baju Raya anak-anak la pula..bonus ada ke..?????



Kali ni tajuk entry aku panjang sikit...hehe heh, bukan apa, aku selalu membaca blog blogger-blogger yang lain... dan salah sorang blogger ni..kalau tulis tajuk entrynya panjang berjela...jadi aku pun nak cubala.....
Ni gambar aku melaram baju raya tahun sudah. Emm...boleh tahan jugak...hahahha
tapi tahun ni aku tak nak pakai maxi labuh ...aku dah tempah baju raya. Kalau nak jahit sendiri, aku takut tak siap... macam baju raya ( baju kurung) tahun sudah....aku dah dalam zon malas menjahit... Bukan sebab apa, mata aku dah kian tak nampak nak cucuk benang...( dah kian tua laa tu...bila cucuk benang berjam-jam...akhirnya naik fed up.)
Bila tiba nak raya...mulalah nak fikir baju raya anak-anak.... Anak lelaki ni senang sikit. Baju Melayu sepasang.. kemudian sepasang lagi baju sebelah petang..samada seluar jeans dan t-shirt atau pun kemeja saja.. Malam..kain pelekat aje...hehehhe
Tapi kalau si Faiz, selalunya buat aku pening kepala... sebabnya, saiz badannya dah macam lelaki dewasa...kosnya mahu dekat RM 100.. dah tu payah nak dapat saiz..puas dicuba, baru dapat.
Nak ditempah, badan budak tengah naik, silap-silap hari bulan, baju raya dah ketat...
Si Hakim dan si Kecik tak banyak masalah... badan mereka dah maintain. Dan si Razi dah bagi tahu nak beli sendiri di Kuala Lumpur.....
Masalahnya...... Ongkosnya...hehhehehhe
4 baju melayu di kali 4 ...kurang lebih dekat rm 350 juga...( anggaran sorang rm70 -Rm 90 )
dengan samping dan songkok ..mahu dekat RM 400.
Baju kemeja dan seluar pula ..... huhhh pening kepala ku... Mereka sekarang ni dah kian remaja dah kian pandai memilih... kalau Razi nak yang branded je...
Hakim pun dah pandai main sambar yang berkenan di hati...
yang tak cerewet lagi cuma si Kecik... dia pakai apa yang kita beli...
Faiz lagi sekali mesti pening nak beli seluar untuk dia....

Kadang-kadang aku cakap kat anak-anak... nasib baik emak tak ada anak perempuan..kalau tidak nak kena beli bra, panties, kain dalam , legging...hehehhe dan dah tentu satu benda lagi...
yang wajib untuk setiap wanita setiap bulan....
Dan dah tentunya nak kena beli juga, barang kemas seurat dua... pemanis anak perempuan...
haha... barangkali ini rezeki aku, dapat semua anak lelaki.
tak banyak yang nak pening kepala..

Budget punya budget... ada ke bonus untuk raya.....????
Kalau tak ada kena berpada-pada le jawabnya....
Raya tetap raya......

4 comments:

secangkir madu merah said...

salam roslaini, hehhehhe...samalah kita, kita pon tak pening kepala nak pikir pasal baju2 dan barang kemas utk anak pempuan...sbb takde anak pempuan..kita sorang je pempuan dlm rumah....bukannya dilayan mcm permaisuri tapi kena buli..huhuhu...

sekamar rindu said...

salam..


harap2 adalah saguhati raya tu...

kak Erna said...

salam roslaini..akak pun sama..anak bujang semua..
harap2 la ada sagu hati nak raya ni..tapi dah 11 hari puasa..tak de khabar gembira lagi ni..

roslaini saad said...

Salam
Secangkir Madu..
Memang pun...jadi perempuan sorang dalam rumah ni memang kena buli...hahahha.. semua kita nak kena buat...tak buat ..runsing rumah kita tunggang langgang..bila nak suruh..berleter dua tiga kali pun, tak jalan juga..

Sekamar rindu..
salam..
selamat berkenalan.. terima kasih kerana berkunjung...

Kak Erna..
wau....kita boleh buka kelab, a mother and sons...hehehe
berdoalaa..ada saguhati untuk kita raya ni...heheh at least lepas juga sesak nak berbelanja..