Pages

Followers

Thursday, August 19, 2010

ABAH

Inilah abah aku.... Usia dalam lingkungan 84 tahun..... Satu ketika dulu.. inilah lelaki yang paling aku takuti dan geruni.......
Sebab apa kalau dia marah, dia tak kira aku kecik ke besar ke... mesti kena lepuk punya...
bukan batang kayu penyapu... batang kayu pokok lagi...
Tapi bila masa berlalu... aku kian faham kenapa abah begitu garang.....
dan bila aku pun kian tua...aku kian simpati dengan abah yang tak pernah duduk diam..
gambar-gambar yang diambil kecik anak ku ini diambil sebelum puasa dulu...
abah menebang dan memikul batang-batang buluh untuk dijadikan pagar...
Dalam usia 84 tahun.. abah masih bersemangat untuk mengusahakan kelapa sawit.
Walaupun tanah di belakang rumah kami tu tak lah luas mana... tapi dah memberi hasil. Itu yang membuat abah tambah semangat..... Dulu masa kami bersekolah... tanah di belakang tu, tempat abah melepaskan lembu dan kambing... Lepas lembu habis dijual... ( kami yang suruh ) kami ingat abah akan berehat sepenuhnya.... rupanya tidak.
Bila melihat abah bekerja... aku sering teringat kata-kata...
beribadatlah kita umpama kita akan mati esuk hari... berkerjalah kita umpama kita akan hidup 100 tahun lagi...
Cuma kadang-kadang yang menjadi persoalan aku...
bagaimana abah mendapat kederat tenaga yang masih kuat....
abah tidak dihinggap sebarang penyakit... kecuali telinga yang dah kurang dengar dan mata yang dah kian rabun walaupun dah buat pembedahan.....
tapi kalau dilihat tenaga...
memang kita yang jauh lebih muda akan terasa malu...
Abah...izinkan aku mewarisi semangatmu dan kederat mu...
supaya boleh terus berusaha dan bekerja...

4 comments:

kakcik said...

Salam Ros..

Alhamdulillah, Abah Ros masih kuat lagi. Bapak kakcik sekarang, di usia 81 tahun, tidak berdaya lagi untuk berbuat apa-apa. :(

roslaini saad said...

Yer..Kak cik..
Abah Ros masih kuat..tapi kerana usianya kita bimbang..apa-apa terjadi semasa dia bekerja..

Mak Su said...

susah gaks kan.... kalu x garang, anak2 tak takut dan melakukan pelbagai perkara bukan takat nakal, adakalanya keji dan memalukan parents semula. oleh itu, kita redha dan doakan kebaikan buat parents kita, saya rindu gaks parent saya, dorang passed away masa saya teenagers :(

fa*atip said...

kak ros, dalam usia emas gitu, tapi masih sihat dan cergas, alhamdulillah...memang kelas! Kita kena ambik iktibar...