Pages

Followers

Tuesday, August 24, 2010

Alahai Hakim......

Semalam Hakim balik dengan ceria, bagi tahu kat aku....Mak, Hakim masuk kumpulan "Potensi Lulus"..... Nanti mak kena datang sekolah..

Aku cuma senyum, bila dengar 'Potensi Lulus'...Jadi cikgu sekolah, kami dah faham sangat dengan istillah-istillah ni.. tapi saja aku buat-buat tak faham dengan anakku ini...

" Potensi Lulus" tu...kumpulan ke berapa ??...

Kali ni, Hakim pula senyum dengan lebar...... Kumpulan akhir..... Memang aku dah agak pun.....

" Nanti, emak tak payah jumpa cikgu laaa...." itu aje responnya...
Hakim, memang totaly berbeza dengan abangnya Razi.... Razi dulu, masa PMR, aku risau juga dengan keputusannya, tapi usahanya boleh tahan. Dia ada Fokus. Tuisyennya tanpa aku cari boleh dikatakan setiap hari... tapi berbeza dengan Hakim....

Sudah beberapa kali aku tanya Hakim, " Kamu tak takut ke nak exam PMR ni...???"
Dia macam biasa...Hanya dengan senyuman.... " relakss laa mak...."

Hakim memang slow learner sikit dalam bab akademik... Masa tahun empat baru dapat membaca....Masa kecil pelatnya begitu ketara, hingga menimbulkan kelucuan... tapi begitu lasak..dan aktif. Tapi semasa UPSR, dia mengejutkan aku juga, bila dapat satu A dalam penulisan... dan bila di sekolah Menengah sekarang, dia memang bermasaalah....

Tetapi Hakim ni, kelebihannya dalam bidang teknikal ... Kalau cerita bab enjin motor, dia boleh cerita dari A sampai Z. Rumah kami dah jadi macam bengkel motor dan basikal.. Bukan motor ayah dia aje dia buka, kadang-kadang motor kawan-kawan dia pun, mereka minta dia tolong... Dalam bab ni, kalau dibandingkan dengan Razi, Razi memang kalah...( Razi tak pernah buka motor pun...)

Sebagai emak.....apa pun kita risau, terutama bila melibatkan masa depan mereka... Kalau di sekolah risau dengan anak-anak murid, di rumah risau dengan anak-anak.... Bila anak nak exam emak yang lebih panik.

Entahlah.... Moga Allah permudahkanlaa..segala urusan membesarkan anak-anak, Moga anak-anak lebih mendengar kata dan taat...
Semoga Allah lindungi anak-anakku.........

4 comments:

Kakcik Seroja said...

Salam Ros..

lemah dalamm akademik tak bermakna mereka tak boleh berjaya dalam hidup. Ramai juga yang tak lulus SPM, tapi punya kemahiran dalam bidang lain (bidang yang baiklah) boleh menjadi 'tuan besar' .:)

roslaini saad said...

Kak Cik..memang betul tu, lemah dalam akademik tak bermakna masa depan tak cerah...tapi biasalaa...jadi mak ni, mesti juga nak risau..hhahhaha..tambahan tengok anak dok relek je...

Anonymous said...

assalammualaikum ,
pandai ke..bodoh ke tak penting....perkara utama ialah bab pasal motosikal tu....pastikan anak anda tidak menjadi statistik jalanraya.
Baru awal bulan ni ada sorang budak tu 16 tahun patah tulang rahang pasal langgar kereta.dah tu kena 10 jahit kat dagu...patah 2 @ 3 btg gigi....

roslaini saad said...

Anonymous...terima kasih...
Insyaallah..setakat ni, memang kami beri perhatian bab ini...tapi anak tengah naik nakalnya ni...sorok kunci motor pun...tahu aje dia di mana nak cari....tahu-tahu dah hilang...
Moga Allah yang lindungi...