Pages

Followers

Friday, August 13, 2010

' Sahabat Lama..."

Bila berkunjung ke Agro Fest baru-baru ni...aku begitu teruja bertemu "sahabat-sahabat lama" aku dulu..... jangan terkejut, kerana 'sahabat lama' yang aku maksudkan ialah lembu dan kambing.......

Bulan-bulan puasa ni, sambil melayan perut yang kosong... terkenang di zaman anak-anak....

Aku pernah menjadi gembala lembu dan kambing... boleh kata hampir setiap petang, masa aku terisi dengan menjaga lembu dan kambing..... sehingga usiaku menjangkau 16 tahun.. masa tu adik aku yang bongsu dah agak remaja... jadi dia pula yang ambil alih kerja tu, dan tugas aku pula masa tu, membuang tahi lembu...dan menyuci kandang lembu..serta menyalakan api kandang untuk lembu berdiang...
Pernah satu ketika, aku kena menjaga kambing yang hampir 27 ekor. Bermula dengan kambing pawah dari kerajaan..( siapa kata kerajaan tak bantu..???) sebanyak 6 ekor..kambing-kambing kami terus membiak....

Emak kata aku rasi membela kambing.... sebab tu kambing yang aku jaga cepat membiak.... Malah masa tu aku dah ada angan-angan nak jadi penternak kambing yang berjaya........
Dan kerana aku akrab dengan kambing=kambing ni... suatu ketika dulu, sampai sekarang aku boleh mengajuk suara kambing... bapak kambing.,,...emak kambing....heheheh.... Bila bertemu kambing-kambing, tak semena-mena naluri nak bersembang dengan kambing ni datang.....
Eh..eh... dia faham.... tengok dia pusing ke arah aku...... hehehhehe...
Pernah satu ketika... kami membela seekor bapak kambing yang manja. Dia manja dengan kami sebab kehilangan ibu dari kecil.....entah., aku tak ingat mengapa ibu kambing ni mati.. tapi yang aku ingat ibu kambing ini melahirkan sepasang anak. Seekur jantan dan seekur betina.....

Yang kelakarnya... sebab zaman tu, Dahlan Zainuddin dan isterinya Effa Rizan tengah p0pular.... jadi kami namakan dua -dua ekor anak kambing ni dengan nama Dahlan dan Effa.....
Aku tak ingat apa yang jadi pada Effa.... sebab yang paling aku terkenang ialah Dahlan.....

Kalau aku mencari Dahlan di tengah semak... aku cuma melaung namanya ..." DAHLANNN...
dan nanti dia akan menyahut.....' emmbekkkkkk....." ( suara bapak kambing laaa.... ) dua tiga kali kalau aku melaung ... dia akan keluar dari semak.....dan akan ikut aku balik.

Kerana manjanya si Dahlan... aku masih ingat, satu peristiwa orang datang meminang, salah seorang kakak aku... yang mana satu aku tak ingat.....

Dahlan naik ke rumah anjung, dari tangga depan... melintas depan tetamu yang datang... tak sempat nak buat apa.... bukan main terkejut orang yang datang... Mana tidaknya, bapak kambing besar, masuk ke rumah. Sebenarnya, rumah kami tu dah jadi macam rumah dia, keluar masuk..... dari kecil. (Dari kecil kami bagi susu botol kat dia..) Apalagi... kelam kabut, kami dibuatnya.... kalau anak orang bolehlah bagi tahu,.. ini bapak kambing.!!!!
Riwayat Dahlan berakhir bila kami jual dia untuk dijadikan Akikah... ialah itulah takdir seekor kambing....sayang macam mana pun, disembelih dan dijadikan korban atau akikah itu lebih baik untuk mereka.....

Sehingga kini sebenarnya aku masih teringin nak membela kambing dan lembu.. malangnya aku tinggal di rumah teres , di bandar Ipoh. Kalau di kampung, mahu rasanya aku bela kambing...

Dan kepada sesiapa yang kenal aku.... pasti tahu bagaimana suara aku bila mengajar, dan marah budak-budak kat sekolah..... semuanya kerana hasil training aku masa kecil menjerit panggil lembu, kambing balik ke kandang.......

Okay... selamat berpuasa...

No comments: