Pages

Followers

Wednesday, August 11, 2010

kecik naik kuda.

Cuti hari minggu yang lepas, aku , my suami dan kecik.. mengambil kesempatan pergi ke ekspo Agro Fest.. dekat dengan Sungai Siput..( kira tak jauhlah dari Ipoh ). Sebenarnnya My suami dan Kecik dah pergi pada pagi hari Sabtu... Tapi malangnya, sebaik sampai, My suami dapat perkhabaran,, Mak saudara sepupu kepada arwah bapak mertuaku meninggal dunia.... jadi kenalaa balik. Jadi hari Ahad tu.. My suami ajak aku sekali untuk melihat-lihat apa yang ada..
Kat Malaysia ni.. apa saja fest.. sebenarnya hampir sama.. Jual baju, benda makan, jual mainan, dan orang mesti ramai... itu yang aku paling tak gemar. Nak parking, cukuplaa susah.. Dekat 500 meter, My suami parking kereta....
Tapi menariknya Agro Fest kerana ada pameran binatang... dan anak-anak boleh merasai naik kuda... ( kalau aku kurus, aku pun teringin juga...hehhehe ) Sebab tu aku bagi Kecik merasai pengalaman naik kuda.. Mula-mula malu juga dia... tak nak konon... bila dipujuk baru dia setuju.

Lepas tu, dia siap boleh kata kat aku....

" Mak bukanlaa nak hina emak... tapi kalau mak naik kuda tu, kesian dia yer emak...."

amboi..amboi... bagusnya ayat anak aku ni......!!!!!

No comments: