Pages

Followers

Wednesday, August 11, 2010

ABANG AZIZ...

Entry ni tak ada kena mengena dengan Ramli Sarip....tapi sebab muka dia iras-iras muka abang aku...Abang Aziz.. sebab tu aku letak gambar ni dalam blog aku..

Sebenarnya...dah beberapa hari aku teringat nak memberi sedekah pada abang aku ni.. tapi dah lama juga tak jumpa dia. Bila balik kampung pun , dia tak ada . Mak kata dia di Kuala Lumpur..... Beberapa hari yang lalu, bila aku telefon emak... dia kata dia nak abang balik, bila tiba Ramdhan.... sebab abang akan jadi iman untuk dia sholat Terawih.. dah dua tiga tahun macam tu... emak memang tak pernah tinggal sholat Terawih...

Aku dalam gurau cakap kat mak... Emak tepuk bantal, 3 kali serulaa nama abang... doa dengan Allah... minta abang balik... Emak pun ketawa juga bila aku cakap macam tu... Itulah hati seorang emak....

Petang semalam, niat hati nak hulur duit kat abang sempena Ramdhan macam tak kesampaian... puas aku cari no akaun yang adik bagi... entah mana aku cari tak jumpa... dan aku ingat nak call adik Azhar ku balik untuk dapatkan no akaun.....

Tapi abang ku ini...macam tau-tau aku mencarinya.... Alih-alih... lewat petang semalam, dia call aku.... terkejut aku bila dengan suaranya....

Abang ada kat station keretapi Ipoh.....!!!!!!!

Biar betul....???

Lepas tu, aku terus ajak My suami ambil abang kat Station keretapi... rupanya dia nak balik Taiping, ingatkan dah ada keretapi letrik... rupanya tak ada... jadi dia naik keretapi biasa....

Kerana dah hampir malam, aku suruh abang tidor je kat rumah aku... esuk aje balik kampung..
Malam tadi juga aku talifon emak... bagi tahu abang ada kat rumah aku...
emak gembira sekali... doanya Allah makbulkan....

Itulah abang aku... pada aku - ' misteri Man...'
Rezeki dia sentiasa ada... walaupun tak ada pekerjaan....
Kepuasan hidupnya hanya dia yang faham...
ibadat tak pernah tinggal...
macam orang yang tak ada masalah...

2 comments:

kakcik said...

Salam Ros..

selamat berpuasa. Makbul juga doa seorang ibu. Mudah2an impian bapa kakcik juga akan dimakbulkan Allah dalam bulan yang mulia ini.

roslaini saad said...

insyaallah...
doa seorang ibu mahupun ayah...selalunya Allah makbulkan...
hanya kita tak putus asa berdoa...