Pages

Followers

Sunday, August 8, 2010

Reunion ...selepas 30 tahun...

Bila aku tolong buatkan akaun facebook untuk My suami..ada beberapa orang memberi komen seolah-olah mentertawakan aku.... tapi hari ini, aku rasa aku nak tumpang happy sebab usaha aku tolong buat akaun facebook untuk My suami rupanya berbaloi..... Segalanya bermula bila aku add seorang rakan My suami yang juga pelukis dalam facebook aku. ..dan menemukan seorang lagi rakan mereka Bekas YB... tapi malangnya malam tadi mereka tak ada.....

7 hb Ogas baru lepas...My suami mengatur satu reunion, untuk bertemu rakan-rakan lamanya yang pernah satu kelas dan satu asrama King Edward VII.... di Restoran Sabar Menanti , Ipoh...
Aku pun kena join sama.... untuk menemani isteri-isteri yang turut sama....seronok juga dapat kawan-kawan baru... semua hampir sebaya...
inilah My suami... agak keletihan...tapi dia nampak teruja mengatur semua ini...
Walaupun tak semua yang datang, tetapi masih tetap nampak meriah.....
gambar-gambar ni, aku amanahkan kat Hakim anak aku untuk ambil...tapi rupanya, nampak macam kelam kabut je....heheh... sorry laaa... budak yang ambil, angel pun tak berapa pandai..
Sessi melihat gambar-gambar lama yang My suami bawa.. macam-macam komen...kisah lama.
Kawan My suami ..... dialaa yang sponsor makan malam reunion ini....
kontraktor ....bisness man laa tu..
Kawan sorang yang baju hitam ni, aku kenal...sebab sama-sama geng cikgu seni, sekarang pensyarah di IPG Ipoh... yang sorang lagi tu..tok Penghulu, pendorong kuat majlis ini diadakan..
Kawan suami ni.. bekas tentera, anak 10 orang.....
Gambar lama masa sekolah yang dibesarkan oleh My suami... menjadi titik tolak, pertemuan ini....banyak kenangan indah kenakalan mereka di zaman ini..
Kawan suami yang ini datang dengan anak....terlupa nak tanya siapa nama,...
Ini kawan My suami yang terhensem...hahahha
sebenarnya aku kenal dia ni dah lama juga...aku gelar Datuk K..( look at the misai...hehhee)
Khairul Zamani...cikgu seni macam aku juga...
Yang berkopiah ni...kerja di Tanjung Malim... datang ke Ipoh untuk bertemu kawan-kawan...
Comel kan... hehehe boleh dibuat menantu.... mula-mula malu, tapi lama-lama kian mesra, Anak salah sorang kawan My suami.....
gambar beramai-ramai.....tengoklaa..My suami paling besar saiznya...hehehhe
Ada yang maintain tak berubah sejak muda....
tapi ternyata... usaha yang tak sia-sia... seronok betul mereka...
Aku balik lebih kurang pukul 11 malam..sebab si kecik dah mengantuk.. dan mengikut suami mereka berbual sampai pukul 1 lebih....
Lepas ni mereka plan nak buat famili day lepas raya....

1 comment:

Uncle Lee said...

Hello Roslaini, very nice posting, and nice pics too.
Its really great, fun to meet old friends or classmates...
Lots of buka cheritas too....and you meeting the isteris, ada kawan baru.
You have fun, and have a pleasant puasa month, Lee.