Pages

Followers

Saturday, July 3, 2010

Kisah lama....secret admirer....hehehhehe...

Maaflah...entry kali ni, tak ada gambar. Kerana aku sedang menggunakan laptop baru, yang baru aku beli untuk anak bujang aku.... tak beli sekarang, esuk lusa, entah tahun depan dia mesti mintak punya.....jadi aku korbankan duit aku sekarang...sebagai motivasi untuk dia terus berjaya....

Oooppsss.... aku bukan nak cerita pasal ni....

Tapi ada satu cerita yang mengusik minda aku....siang tadi.
Kisahnya..... tadi aku ikut my suami pergi menjenguk sekolah lamanya di Taiping... aku pun ambil peluang ikut sama kerana boleh juga jengok emak dan abah di kampung...
Sebenarnya, ada acara sukan tahunan di sekolah tu... agak lewat juga diadakan...sebab sekolah aku dah buat sukan tahunan bulan mac dulu lagi...

Bagusnya....ramai juga old boys yang datang... yang digelar TIGER....( nantilah entry lain aku cerita...sebab tajuk kali ni tentang secret admirer .....)

Bila saja aku melangkah ke sekolah tu... maka teringatlah aku, zaman aku sekolah dulu. Aku pun bersekolah di Taiping...(girls school) Waktu aku sekolah dulu... aku akan menggunakan bas awam untuk ke bandar Taiping dan ke sekolah.... jadi ramailaa budak sekolah lain yang naik sama bas dengan aku... Oh ya...bas yang aku naik adalah bas Kuala Sepetang, dulu dikenali dengan nama Port Weld....

Dalam ramai-ramai budak sekolah tu... aku begitu tertarik hati dengan seorang budak....Pelajar sekolah yang sama dengan my suami... ( sama tingkatan...tapi my suami tak kenal....bila ditanya ) Budak ni selalu naik dengan adik dan abangnya, yang sama sekolah. Dari seorang kawan karib aku dapat tahu, mereka ni anak yatim...telah kehilangan bapa.. Tapi yang menarik hati aku, mereka ni teramatlah baik... tak macam budak lelaki yang terjerit-jerit atas bas..Bila mereka atas bas, nak dengar suara mereka bersembang pun payah, walaupun kami duduk di belakang mereka... DAn yang lebih-lebih sebab aku admire.....kerana tersangatlah handsome di mata aku ketika itu......( boleh angau....hahahhahah).....

Bila dah admire, memanglaa kalau boleh nak tengok kelibat dia setiap hari... hingga jadi motivasi nak ke sekolah... Kawan karib aku Fauziah memang tahu hal ni.... sebab tu kalau dia yang jumpa ... nanti di sekolah dia akan bagi tahu...Ros, ros...tadi aku naik bas dengan....malaikat... ( Malaikat - gelaran yang kami berikan padanya...) Punyalaaa seronok.....hehehhehe Selalunya time balik sekolah... memang ternanti-nanti sebabnya...time inilah kami sering terserempak.....alahaiii.....

Tapi..... baiknya aku masa tu... aku tak pernah tegur dia... cuma tengok dari jauh gitu....Malu sangat nak cakap dengan budak lelaki....jadi apa yang aku rasa aku simpan ajelaaa.....

Masa berlalu, dia habis tingkatan 5 dengan cemerlang dalam spm... Dia kemudian aku dapat tahu sambung belajar ke luar negara... tapi negara mana aku tak pasti.. Ada sekali waktu dia bercuti balik Malaysia....aku ternampak dia... rambut dia dah tak sama macam zaman sekolah... sebijik macam stail rambut anak aku RAZI masa tunggu result dulu...memang jauh sekali nampak wataknya...

Nak menjadi kenangan ini lebih manis.... masa aku menganggur lepas graduate dulu., aku membantu seorang pakcik yang mengusahakan batik lukis di kampung ku...bengkel ni pula dekat dengan rumahnya....( masa tu dia dah tamat pengajian di oversea dan dah berkerja di teluk intan..) Kerana bengkel ni dekat dengan rumahnya... jadi aku kenallah emaknya... jadi banyaklah cerita-cerita tentangnya aku dengar lagi.....dan dia masih bujang lagi.....ahahaha....

Satu pagi., sedang aku mencanting...aku dikejutkan dengan kunjungannya masa aku tengah bekerja...tersipu juga aku..Tak leh nak ceritalaa perasaan aku masa tu.... terkelu lidah juga weee... Rupanya dia menjenguk kerana emaknya cerita.... aku kenal dia masa sekolah dulu.... jadi kebetulan hari tu dia cuti dan aku kerja jadi dia nak tengoklaa siapa orangnya.... ternyata dia kenal aku...walaupun kami tak pernah bertegur sapa selama ni..... jadi, for the first time...selama admire kat dia...inilah pertama kali aku berbual dengannya....rasa nak melompat gila masa tu.....

Tak banyak yang dibualkan ...kerana masa tu aku tengah mencanting...tapi menjadi kenangan indah..... tapi itulah pertama dan terakhir aku berbual dengannya kerana lepas tu, aku berhenti dan buat bengkel batik sendiri di rumah......so..sampai sekarang aku tak jumpa dia lagi...dah kahwin anak berapa pun aku tak tahu... sebab selepas setahun aku buka bengkel sendiri, aku sambung belajar... jadi cikgu pulak... dan terus merantau...

Tapi sebenarnya... bab-bab secret adimirer ni...bukan dia sorang...hahahhah
nantilaa... bila ada peluang nanti aku cerita pulak.....


3 comments:

FaAtip said...

hihihi....nasib baik masa mencanting tu tak terlukih gambor dia ye! Kenapa masa tu kak Ros tak cuba ngorat dia? Satu lagi nak tanya, kak Ros ada tak cakap sorang2 depan cermin? kihkihkih....(cepat sikit sambung citer baru ye!)

AZNI BINTI MAT ISA said...

wa suka la dengar cerita ni,,sungguh2 syahdu. setiap org ada secret admirer sendiri,,best2.sambung cerita lagi ya uda.

Anonymous said...

Roslaini, hang memeng jenis sentimental la. Yo .. Idris memang yang terhandsome antara adik beradik dia yang lain ..Ismail, Ishak dan Ilias. Idris belajar di UK . Lepas tu, kerja di JPS Perak. Aku boleh bayangkan ... control feminine hang bila dia dtg tegoq hang di bengkel canying tu. Cepat nya masa berlalu .. kisah secret admirer berlaku antara 1978-1979. I miss that Port weld bus .. Fauziah Kasim Feb 1 , 2011.