Pages

Followers

Thursday, July 1, 2010

Program Khidmat Bantu PSS..

Mungkin ramai yang tak pernah dengar tentang tajuk entry aku kali ni.... aku pun tak pernah dengar juga... Al maklumlah baru tahun ni pegang pusat sumber... Program ni adalah satu usaha untuk membantu 'tuan rumah'- Pusat Sumber SK Tasik Dermawan, dalam pengurusan, keceriaan dan serba-serbi berkaitan dengan pusat sumber....
Jadinya, berkampunglah aku selama 4 hari di sekolah SKTD ni untuk sama-sama menjayakan program ni, di bawah anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan , JPN Perak. Di atas ni , Encik Megat Fuad, merupakan penyelaran PKG Seri Ampang... salah seorang pegawai yang bertanggungjawab... Aku mulanya nak marah juga... mana tidaknya, time aku nak start pegang canting buat batik dengan pelajar tingkatan 5K... alih-alih kena pergi bengkel pulak....
Puan Nora...Penyelaras Pusat Sumber SKTD... Dialah tuan rumah Pusat Sumber yang kami bantu...
Datang ke sini , aku kian faham kenapa PKG pilih sekolah ini.... antaranya kerana kegigihan cikgunya dan idea yang bernas dari cikgunya juga... Misal basikal di atas ni, adalah hadiah untuk tokoh nilam peringkat sekolah..... Budak mana tak nak basikal ...??? ( sekolah menengah tak leh laa...idea bagi basikal...hadiah apa yer...???? MP3 Ok kot...)
Menyediakan ruang pameran bertema ni... antara bantuan yang aku berikan hari tu... Nak buat susun atur perabut, aku dah tak larat nak tolong tolak-tolak kerusi meja , almari dan sebagainya..... ( Inisiatif guru penyelarasnya, mengumpul semua barang-barang ni...termasuk sterika arang lama dan jala...)
Bila ditanya, siapa-siapa ada kerawang untuk dijadikan hiasan... aku kata ada....tapi semua dalam kepala... Jadi aku pun...mengeluarkan sedikit untuk dikongsi bersama...Yang lain pun turut sama copy untuk dibawa balik ke pusat sumber masing-masing... Bayangkan dinding rak yang kosong jadi cantik bila dihias begini... cuma perlu kreativiti aje..
Papan kenyataan yang mengantungkan carta organisasi....Ini pun disiapkan oleh satu kumpulan guru....
Bab ini paling lemah.... sistem fail...!!!
Aku rasa nak letak jawatan je, lepas dengar ada 15 fail kena uruskan...
Puan Samsiah, Penyelaras PKG Manjoi, yang merupakan fasilitator kami... orang yang banyak pengalaman tentang pusat sumber.....
Dah bantu... dapat sijil laa pulak...hehehe diberi oleh Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Teknologi Pendidikan.. JPN Perak..
Bergambar beramai-ramai selepas majlis selesai....seronok juga...dapat ilmu baru, dapat kawan baru... dan dapat makan free 4 hari...hahahhaa...
apa-apa pun lepas ni, kerja, kerja, kerja.......

No comments: