Pages

Followers

Wednesday, June 30, 2010

jejak kasih di facebook....

hari ni aku happy betul sebabnya... orang add dalam facebook aku hari ni, rupanya sepupu aku sendiri, yang aku sendiri tak pernah kenal.....( kan aku pernah cerita, abah aku dibela oleh datuk yang seterusnya jadi bapa angkatnya...)
Beliau perkenalkan dirinya sebagai Kak Lena bin Abdullah... jadi aku segera teringat Pak lang Dollah yang pernah disebut-sebut oleh abah dulu.... Aku tak pernah pergi ke rumah mereka , kerana almaklumlah...adik beradik ramai... kalau abah bawak semua, rabaklaa poket beliau.. jadi bab ziarah adik beradik ni.. aku selalu kena tinggal....

Insyaallah, lepas ni aku nak inform adik beradik kat KL ... supaya bolehlaa lepas ni ramai-ramai pi ziarah Kak Lena di Subang Jaya.....

No comments: