Pages

Followers

Tuesday, June 29, 2010

Grafiti Demo di Ipoh - bersama APDR

Sabtu 26 june yang lalu, aku tak lepaskan peluang mengikuti program
Angkatan Pelukis Darul Ridzuan bersama Taman Budaya Perak dekat dengan kawasan Gerbang malam, Ipoh. ( berhampiran Kamdar )
Kawan di atas ni, bila sebut Grafiti memang dialah jagoh... Tahun sudah dia menyiapkan tesis mengenai Grafiti, dah lulus dapat A lagi... Bulan Ogas ni, akan menerima Ijazah Sarjana...
Ditambah kepakarannya sebagai pereka pentas di RTM, Angkasapuri... menyiapkan dinding untuk kami 'menconteng' nampak mudah baginya...
sorrylaa...terbalik laa pulak gambar ni... dinding dah siap untuk diconteng....
Dato Mahsun ( Mantan Timbalan SUK, Perak -sekarang dah pencen ) Datang dari KL semata-mata nak menjayakan program ini bersama kami. Beliau memang tak pernah lepas peluang aktif setiap aktiviti APDR... termasuklah masuk ke hutan BELUM.
Dato memang nampak begitu excited sekali... Image yang pertama dilukis tu aku sebagai model...hehehe kebetulan aku duduk tepi situ, sebelum nak warm up....
Sifu Grafiti kami dah mulakan langkah.....
Mr. Presiden APDR....Hamidon - antara pengasas Angkatan Pelukis Darul Ridzuan.
Dah datang, takkan nak tengok aje....hehehhe apa lagi....sprayyyy.....seronokkkk.....
Bezanya buat aktiviti begini dengan geng pelukis... masing-masing tahu dimana nak tambah, di mana nak spray..... Spray aje......
hahaha.... gaya seorang grafiti amatur.....
Baru separuh siap... aku perasan sesuatu... cuba teka apa dia..dah nampak...
Syhhhhh..... !!!!!
Adik ni baru belajar-belajar nak menconteng..... masih belum agresiff macam yang dah tua...
Dalam keterujaan kami menconteng dinding... Tiba-tiba muncul hamba Allah ini dengan gitarnya... aku pun tak kenal...
Aduh... tak disangka-sangka Nik datang menghiburkan dengan petikan gitar dan nyanyian...sedap juga suaranya...
Roduan pun excited... katanya inilah pertama kali dia buat grafiti dan diiringi petikan gitar dan nyanyian... memang menghiburkan.. Nik sebenarnya dari Kl.. datang ke Ipoh , hendak ke rumah YKP ( Yayasan Kesenian Perak )
Raduan meneruskan perjuangan... Kalau jalan-jalan kat tepi sungai gombak( atau kelang ) kat tengah KL tu...ada beberapa grafiti dia dan beberapa geng anak muda....
Baru berkenalan...
Inilah Hamidon Ahmad....... Mr Presiden APDR.. pelukis sepenuh masa. Pengerak persatuan Pelukis Darul Ridzuan.... bersama anaknya yang ke 9 dari 10 orang....
Ini hasil akhir sebelum aku balik sebab dah lewat petang....dah dekat nak maghrib ( belum solat asar....)
Amin..agak tinggi menyiapkan bahagian atas... Amin salah seorang pelukis di Perak...
Inilah hasil terakhir yang aku ambil dari blog Roduan...siap ada khat tulisan cina...dan di sebelah bawah dah didetailkan... Yang tak sedap mata memandang tadi pun dah di tutup hehehe...
idea spontan ....hebat tak..???
Dan ini hasil kerja Roduan dan kawannya... Memang enjoy habis....sekali sekali lepak dengan geng macam ni dan bereksperimen.... Aktiviti APDR ni banyak yang aku tak leh ikut, macam masuk Hutan Belum. .. Endau Rompin... dan macam-macam lagi...sayang juga , tapi hehehe banyak yang terbatas...macam ni okaylaa...
nak baca lagi boleh rujuk.... blog Raduan.

2 comments:

AZNI BINTI MAT ISA said...

Besttttttttttttttttt!!!!!!!!!!!!

Mak Su said...

wow! hebat! kalau sy yg content, jadik orang lidi jer ;)