Pages

Followers

Thursday, June 24, 2010

Pantai Cahaya Bulan....Kelantan 5

Beberapa tahun dahulu, semasa mengunjungi Kelantan kerana mengikuti rombongan kahwin adik iparku Azmi, kami tak berpeluang mengunjungi tempat ini.. kerana banjir. Jalan ditutup untuk ke Pantai Cahaya Bulan ( dulu kalau tak silap ..Pantai Cinta Berahi...) Jadi kali ini kami memang tak lepas peluang untuk melihat tempat ini dengan lebih dekat...
Sebaik saja sampai... tempat ini dicari dulu....hehehhee
Malangnya berkunci..... nasib baiklaa bukan nak buang hajat besar...
Inilah pandangan yang kami dapat lihat sepanjang pantai ....Aku hanya berdiri di tepi batu-batu ini kerana malas nak melangkah batu-batu yang besar ini... Tentunya kalau batu-batu ini tidak diletakkan akan lenyaplaa...kawasan pantai ini....
Anak-anak begitu teruja apabila melihat laut.. angan-angan nak mandi laut, walaupun tak bawa pakaian salin dan tuala..... tapi si ayah tak mengizinkan...
Cuaca agak kurang elok, kerana malamnya hujan di sini... apa pun cuma dapat menjamu mata dengan hiasan deretan batu-batu ini.... tiada angin menderu.. tiada riak ombak... dan tiada beautiful girls on beach.......
Dan terpandang makluk kecil ini....kesiannya dia..
akhirnya, kerana kecewa tak dapat mandi.... semua memilih untuk masuk ke dalam van untuk meneruskan jelajah Kelantan kami......

3 comments:

FaAtip said...

Agak agaknya kannn...bila nak sampai Kemaman nih?? Boleh Fa siapkan bilik!

roslaini saad said...

insyaallah... dah ada dalam angan-angan hehehe...

Lee said...

Hi Roslaini, If I'm not mistaken this place was formerly Pantai Chinta Berahi?
Wow! I used to come here very often back in the '60s, '70s and early '80s....love the place and the lovely food there then....
nama da tukar sekarang....
I prefer the old name, more romantic, ha ha.
Love your pics, very nice.
Have fun, keep well, Lee.