Pages

Followers

Wednesday, July 21, 2010

Emak jatuh....

Petang tadi aku dapat berita yang mengejutkan dari sepupu aku yang duduk di Manjung... Dia dapat berita, emak aku jatuh dari kereta yang dipandu abah di selekoh tajam dekat kampung... Aduhh...lemah rasa badan, bila dapat berita macam ni... dari sepupuku ini aku dapat tahu, emak dah dihantar ke hospital Taiping.....
Aku terus talifon My suami.... dia on the way nak balik Ipoh dari Batu Gajah... dia suruh aku tunggu dia apa-apa pun... Sementara menunggu My suami...aku call adik Azhar di Kl...Dia pun terkejut juga...siapa yang tak terkejut... Aku try call ke kampung tapi tak ada siapa angkat... yerlaa... kalau emak abah tak ada, siapa lagi nak jawap panggilan.. akhirnya aku talifon, mak saudara aku ..Mak enjang... dia pun tak tahu cerita lengkap.. hanya dapat tahu dari orang....
Sementara menunggu juga.. aku dapat call dari pejabat.. ada orang call cari aku.. Orang sekampung aku di Matang.. dari nombor talifon yang ditinggalkan., aku call hambaAllah yang menolong emak dan abah aku ni balik... rupanya anak kawan abah juga...
Menurut beliau emak terjatuh dari kereta, semasa abah membelok dekat dengan Muzium sejarah Matang...( memang selekoh tajam ).. emak dah dihantar ke hospital Taiping.. tapi kabar terkini.. dia tak tahu..
Tak lama kemudian, My suami balik dan kami terus balik kampung... anak-anak tak ikut kerana melambatkan lagi perjalanan... sebelum tu, aku call Kak Ani, dan Kak Pidah... bagi tahu hal ini.. Kemudian, dalam perjalanan, berdering-dering panggilan dan sms masuk... aku jawap apa yang aku tahu saja...
Separuh jalan, My suami terasa mengantuk... minta aku memandu... aduhh leganya.. sebab My suami selalu bawa kereta slow...aku pun apa lagi....dalam hati aku memang nak sampai cepat...
Sampai hospital... aku dapat tahu, emak dah dibenarkan keluar... Kali ni aku memang baru dapat tarik nafas lega... tapi belum cukup memuaskan hati selagi tak jumpa... rupanya kami berselisih beberapa minit saja... Kali ni aku nak ucap terima kasih, pada suami sepupuku, yang tolong bawa emak dan abah balik...
Sampai rumah... tengok emak atas wheel chairnya... kepalanya luka, dan beberapa lagi luka di tangan dan kaki... Kata emak, dia dah di XrAY..... tak ada yang patah atau sebagainya... Memang aku rasa nak menangis bila tengok emak... sian sungguh...bayangkanlaa...orang tua berusia 79 tahun jatuh dari kereta yang sedang bergerak..( tapi nasiblaa tak laju...)
Kata emak...insiden terjadi, bila pintu kereta terbuka semasa di selekoh.. emak cuba nak tutup..tapi rupanya..lain jadinya, Tapi alhamdullillah, ramai orang di situ yang datang membantu....( aku rasa lepas ni, nak jumpa dan ucap terima kasih...) Yang lucunya..( kalau boleh dianggap lucu...) abah tak sedar mak jatuh... sedar-sedar mak tak ada di sebelah...nasib baik tak jauh.....( abah ada masalah pendengaran..)
Tak lama lepas, aku sampai... Kak Pidah sampai dengan anaknya aliff... dan kemudian, Hafiz dan isteri..... ( sebenarnya inilaa ubat paling mujarab untuk emak... kalau jumpa anak cucu )..Kemudian beberapa call masuk bertanyakan kabar emak..... Melihat emak ceria menjawap dan bercerita ... aku jadi lega... emak pesan pada adik-adik... tak payah balik...
Sebelum balik... sempatlaa aku lapkan badan emak... dan bagi dia makan ubat... Abah dah tertidor keletihan... dia mesti trauma dan terkejut.... Ada Kak Pidah.. aku lega sikit nak balik Ipoh... Plan aku awalnya... kalau tak ada siapa-siapa... aku nak ambil cuti esuknya ... Aku harap semua akan okay....
Sebenarnya...saat ini aku masih mendoakan ... semuanya okay... almaklumlaa.. orang tua ni macam baby... bila jatuh, macam-macam boleh berlaku....

4 comments:

armouris said...

info tentang masalah pendengaran di SIHAT SELALU - Lawak Masalah Pendengaran

Kakcik Seroja said...

Syukurlah mak Ros tak mengalami kecederaan yang serius. Mesti lepas ni dia akan lebih berhati-hati. :)

Pengasas said...

Salam Ros,
Alhamdulillah. Ucap dan hayatilah.
Allah maha melindunginya.

Lee said...

Hi, hope your mother has recovered. Regret to read about her fall. At our age, falling down can be stressful, not to mention the body aching days too.
Best regards, Lee.