Pages

Followers

Tuesday, July 20, 2010

Batik 5K

Dua tiga hari ini, aku rasa kalut sangat...tahap risau yang maksima... Bukan sebab apa..sebab, kerja kursus budak-budak 5 K ni belum dapat dikumpulkan..... Dua minggu sudah aku dah mula memasang dapur, memanaskan lilin.....untuk membatik.
Plan awal aku nak buat lebih awal... alih-alih aku kena pergi kursus... lepas tu budak-budak ni ada ujian julai pulak.... Kalau tengok sikap budak-budak ni, memang boleh sakit jiwa.. Mereka apa pun tak kisah. Kalau yang serius buat pun, cuma dua tiga orang.... Hari tu, aku pesan, lepas basuh, seterika, dan jahit tepi... kemudian lukis balik. Hanya dua tiga orang yang ikut arahan....
Hari ni aku check... hanya dua tiga orang yang buat seperti aku suruh..

Mengingatkan aku juga ada anak.... kena istighfar banyak-banyak lee.... ( tapi ada kala rasa nak lepaskan penampar seliang dua.....heheheheh ) bukan apa, aku bukan main kecut perut.. mereka , ikut senang hati lepak-lepak bual kosong ....kerja tak siap....

Paling mendebarkan lagi... khabarnya ada pentaksir luar nak datang... fuhhhhh.... maksudnya menjelang jumaat ni... semua folio kena dikumpulkan.. Memang rekod laa tahun ni, kerja kursus lambat dikumpul... salah aku ke...atau kerana budak-budak 5K ....?????

p/s... rasa nak bersara cepat-cepat.....

No comments: