Pages

Followers

Wednesday, June 23, 2010

Ziarah Kak Non...Kelantan (4)

Bila sampai ke Kelantan.... rasa tak lengkap jika tak jumpa wanita ini... Inilah bekas kakak iparku, bekas isteri abang Aziz. Walaupun dah bertahun-tahun mereka berpisah, tapi kami masih anggap Kak Non seperti kakak ipar kami.... Becuk suara Kak Non suruh kami datang ke rumahnya bila aku talifon... siap suruh tidor di rumahnya di Bachok.
Hasil perkahwinan Kak Non dan abang Aziz, melahirkan 5 orang anak. Tapi seorang darinya meninggal selepas dilahirkan.... Yang nombor berapa aku tak ingat. Yang di atas ni...Aisyah. Sekarang belajar di MRSM Kuala Terengganu. . Kami datang elok waktunya kerana esuknya Sabtu, Aishah nak balik ke asrama.
Anak yang sulong ... Zubair sekarang bekerja di Kelang. B aru ni aku sempat bertemu di majlis kenduri kahwin rumah Kak Kiah. .Yang kedua Umair. Kata kak Non sekarang sedang buat bisnes T_Shirt di Pulau Pinang. Umair baru habis belajar di Uitm seberang Prai.. Yang ketiga Nabillah.... baru dapat keputusan tawaran sambung belajar kat UITM . Nabillah baru habis Matrikulasi...
Yang ini, emak Kak Non... dari dulu aku panggil Mek. Sekarang ni Kak Non lah yang jaga Mek yang dah tua... tinggal berdua bila anak-anak dah balik ke asrama.
Sebenarnya anak-anak aku sibuk bertanya, kenapa Pak Lang dan Mak Lang bercerai...( abang Aziz dan Kak Non ) dan My suami pula sibuk bertanya, bagaimana Kak Non meneruskan hidup membesarkan anak-anak.... sedang abang aku memang tak memberi nafkah ( abang Aziz tak kerja sejak dulu...) Sukar juga nak ceritakan pada anak-anak punca mereka berpisah... kerana walaupun berpisah, mereka masih lagi berhubung melalui talifon... dan pernah juga kak Non datang ke Kampung masa abang menjaga emak dulu...
Tapi cuma dapat aku katakan....Kak Non adalah contoh wanita gigih dan sabar yang tabah menghadapi ujian Allah... membesarkan anak-anak dengan kederat yang ada, meniaga dan menjahit cadar, dan sarung tilam... Yang sama sekali tak pernah menyalahkan takdir....

3 comments:

Anonymous said...

Itulah uniknya wanita Kelantan ..

Negeri Che Siti Wan Kembang ..

roslaini saad said...

yer....betullll...wanita perak pun tak kurang hebatnya...

Anonymous said...

Hebat sungguh kakak ipar puan ni. Bagaimanapun senang je nak agak walau mungkin silap, saya rasa sebab keadaan ekonomi suami yang tak begitu baik. Keadaan ini memang boleh menjadi pertikaian kerana desakan kehidupan terutama dalam keadaan sekarang ni. Jadi wpun kedua2nya insan yang baik bila dah selalu dalam kesusahan maka jalan terakhir penceraianlah. Kerana saya pun pernah lalui keadaan ini. Nasib baik pula isteri amat sabar manakala salah seorang saudara saya pun terpaksa bercerai. Saya sedih sbb kakak ipar saya tu pun saya rasa baik. Tapi inilah kehidupan.Ketentuan jodoh kita ditangannya. Selalulah bersyukur dgn nikmat diberikan. Semua itu bolehlah jadikan pengalaman untuk dibekalkan pada generasi akan datang. BTW syabas sbb puan dan abg puan masih mengekalkan silaturrahim.

insani62engine83itm