Pages

Followers

Tuesday, June 22, 2010

Pasar pagi ...Kelantan (3)

Awal subuh pagi Jumaat, aku dah bangun...Kota Bharu dibasahi hujan di sebelah malamnya... ( kerana penat aku tak sedar pun hujan....) rasa tak sabar nak menjengok bandar Kota Bharu... Dari bilik anak-anak aku , aku merakam suasana ini di station bas Kota Bharu...
Pagi itu kami bersarapan di bangunan MKB... berhampiran dengan hotel tempat kami menginap. Aku memesan nasi kerabu, begitu juga My suami dan Faiz.. Hakim dan Kecik memesan roti canai saja....
Rupanya di sini, setiap pagi Jumaat diadakan ceramah.....Ceramah Ilmu.. yang duduk mendengar agak ramai juga... lelaki dan perempuan... dan mereka duduk tak kira tempat. Di atas jalanraya pun ramai...
Penarik beca... Dah lama tak tengok kenderaan ini.. Walau aku bayar mahal pun, aku pasti pak cik ni pasti tak nak bawa aku..... sebab aku berat....heehhe ( pernah berlaku di Kuala Terengganu.... penarik beca tak nak bawa bila aku nak naik...)
Pakaian batik ...sinonim dengan Kelantan
Buah sentul.... Buah yang dah lama aku tak tengok..
Suatu yang begitu sinonim dengan negeri Kelantan adalah kaum wanitanya yang gigih berniaga. Walaupun dah lanjut usia tapi masih bersemangat dan sihat ....
Jualan macam-macam ada dijual di sini....
aha... nampak tak yang macam anyaman tu... aku beli dari seorang peniaga. Murah aje, 4 rial...
bila balik aku menyesal tak beli dua... dalam gambar, si kecik tengah menjunjung sambil berjalan.... ramai juga yang menegur dan bertanya harga. Ada juga yang memberi ingatan tentang sembilu tajamnya... ( apa yer namanya..aku dah lupa) . Dan di mana juga...ada pemantaunya... tengok di bawah...

1 comment:

Kakcik Seroja said...

Salam Ros..

Bila 'jalan-jalan' kat tempat orang, yang seronok bila melihat kelainan dari yang biasa kita tengok di tempat sendiri. :)