Pages

Followers

Tuesday, June 22, 2010

Alahai 5K….

Hari ni, hari kedua persekolahan…… Dalam kepala hanya fikirkan satu perkara…Kerja kursus untuk pelajar tingkatan 5. Semalam aku tidor sampai pukul 2 pagi, tolong Hakim anakku dengan kerja kursus sejarahnya….Anak aku ni pun satu hal juga….dah tak tahu nak buat dia duduk diam je… si cikgu pun macam tak kisah je.. Seminggu lagi masuk bulan Julai……. Markah untuk kerja kursus mesti dibereskan..

Hari ni aku masuk kelas 5K… mengamuk sakan aku. Aku yang tak ambil spm ni risau bukan main, mereka duduk bersantai aje dalam kelas….

ADuhh…. Apa nak jadi,.. udahlah folio masih tak lengkap.. artifak masih tak Nampak bayang.. Dulu aku suka datang masa cuti sekolah, tapi kali ni aku dah agak…. Aku aje yang beria datang, budak-budak ni belum tentu lagi. Sebab tu aku pilih untuk pergi makan angin je….lupakan aje dulu kerja kursus.. Pernah 5, 6 tahun dulu….sekolah aku jadi macam bengkel batik…budak-budak pun happy datang buat batik….Tai masaalahnya, pelajar tak pernah sama setiap tahun. Tahun lepas okay, tahun ni…hancurr….

Masalahnya mereka ni, tak ada kesedaran diri langsung…. Datang ke sekolah tanpa matlamat. Soalan exam bagi bulat-bulat pun belum tentu mereka belajar dan baca buku. Memang lepas ni kena buat operasi le..kalau tidak pasti tak sempat nak bagi markah kat budak-budak ni….

Adake sesiapa yang baca blog ni….yang mengubal kurikulum Pendidikan seni visual…. Tolonglaa…mansuhkanlah kerja kursus ni….!!!!!!!

No comments: