Pages

Followers

Friday, June 11, 2010

Keindahan yang bakal hilang....

Salah satu faktor aku memilih kawasan perumahan ini adalah kerana persekitarannya. Berbeza dengan rumah pertama kami, yang terletak di persimpangan jalan.. rumah ini aku pilih kerana ada padang permainan di hadapan rumah untuk anak-anakku bermain....
Dan rupanya... aku beruntung kerana dapat jiran yang begitu perihatin dengan keceriaan persekitaran rumah.... Bahagian hadapan rumah kami selalunya jiran aku yang kemas..... Dulu aku buat juga... tapi sejak sakit lutut aktiviti ini dah dikurangkan... Pernah sekali tu.. jiran ku ini tolong mengemas kawasan rumahku sekali......
Di sebelah padang hadapan rumah ku pula dulunya adalah hutan paku pakis..dan semak samun... Pernah juga sekali, aku dan suami menanam jagung... dapat lah juga hasil. Sebenarnya juga rumah ku ini dekat aje dengan sekolah anak-anak ku.. Tapi dek semak samun , pihak sekolah melarang budak-budak menggunakan laluan belakang demi keselamatan.. Pernah sekali ada cubaan merogol di kawasan belakang sekolah...
Besar kemungkinan, sedikit hari lagi kehijauan yang aku nikmati dari depan rumah ku ini akan berakhir.. Akhir-akhir ni , jentera di atas sentiasa mengaum menolak tanah dan pokok-pokok yang ada... Mungkin juga akan didirikan kawasan perumahan yang baru...
Cuma aku jadi simpati,..di manakah burung-burung yang menghuni kawasan ini akan tinggal selepas ini...

No comments: