Pages

Followers

Saturday, June 12, 2010

Adik-beradikku....

Satu kelebihan bila menghadiri kenduri kendara adik beradik adalah pertemuan dengan saudara-mara yang lain.... Apatah lagi kami yang masing-masing berkerja dan jarang-jarang dapat bertemu... Masa kenduri pernikahan dan perkahwinan Izzah dan Hafiz baru ni..menemukan aku dengan adik beradik aku yang lain.. Gambar di atas : emak bersama kak ani, adik ram dan sepupu aku Kak Biah ( pun macam kakak aku kerana kami membesar bersama..)

Anak saudara aku Faridah dan suami... Khairil. Walaupun jarang bertemu, tapi bila berbual dengan si Khairil ni macam dah bertahun-tahun kenal... memang dia cepat mesra dan peramah.

Aku dan adik Ram.. Kami sama-sama menjadi guru... berbeza dengan kakak -kakak yang lain...Adik Ram sekarang guru di SK Puncak Alam...

Suami Kak Kiah... yang memang low profile..sejak aku kenal dia 30 tahun dulu dia memang pendiam...tak banyak cakap.




Kak Pidah aku ... bila kami berbual memang boleh riuh sekampung.... tapi hatinya baikk.... Ibu tunggal yang gigih membesarkan anak-anak...

Abang Ipar aku abang Tapa... lagi beberapa tahun nak pencen... tapi masih handsome macam dulu sampai sekarang...Abang Tapa, suami kepada kak Gayah ( kakak no 5). Di tengah Kak Ani.. kakak aku no 2.... kakak yang caring sampai sekarang.. di sebelahnya Abang Nazri abang iparku suami kepada Kak Ani.. Aku masih ingat, masa nak buat diploma show, aku terpaksa panggil abang Nazri datang membantu untuk gantung hasil karya... kalau tidak mahu menangis aku dibuatnya......


Kak Gayah.. kakak aku no 5. Paling low profile..... dia dengan caranya. Aku jarang-jarang jumpa juga dengan nya, walaupun dia tinggal tak jauh rumah kak pidah.. Nampak kurus kan.... heheh dia lagi besar dari aku....

Adik aku Azhar dan isteri Zaitarul Akma... Adik aku yang manja, dari dulu sampai sekarang.. Kerja sendiri sebagai grafik designer... nak tempah kad kahwin, boleh cari dia... Akma...very sweet and preety lady...... sebab tu adik aku tersangkut, walaupun terpaksa ke terengganu pergi meminang...


Kak Ani dan Faridah.... dimajlis perkahwinan Hafiz dan Izzah.


Inilah kak Kiahku... Manusia paling merendah diri pernah aku jumpa....simple dan tak banyak kerenah... Sibuk betul dia dapat menantu...
Hebatnya kak kiah...setahun dapat 2 menantu.....
Yang tak ada gambar di sini, ialah Kak Long dan Abang Aziz.... Kak Long tak datang kerana suaminya masih uzur... dan abang Aziz dengan urusannya.....
Moga Allah panjangkan usia... dapat dipertemukan lagi kami sekeluarga.....








No comments: