Tadi, aku menerima sebuah email... antara ayatnya yang menyentuh hati.. Puan bertuah kerana masih ada emak dan ayah....
Memang aku akui...aku memang bertuah.. ..!!! Di lewat usia 46 tahun ini aku masih ada emak dan abah....
Sebenarnya Hari Ibu ni, aku teringin sekali nak talifon emak... malangnya talifon di kampung buat hal lagi... suara emak aku dengar, suara aku emak tak boleh dengar.... kesian pulak dia..
Beberapa tahun dulu, aku ingat emak tak ambil tahu tentang Hari Ibu.... tapi lepas tu, aku dapat tahu dia ternanti-nanti siapa yang nak talifon dia mengucapkan selamat Hari Ibu...( Rupanya dia dengar melalui tv )
Hari ni aku nak cerita sedikit tentang emak....
Pada aku emak memang istemewa.... bukan kerana dia melahirkan aku dan adik-beradik aku seramai 9 orang.... tetapi kerana dia memang istemewa.. Bayangkanlah, dalam usia 16 tahun, dia dah dikahwinkan oleh arwah tok wan aku, ( yang juga tok wan emak...) Emak bertemu jodoh dengan abah, yang sama-sama dipelihara oleh tok wan.. Cuma bezanya, emak pangkat cucu, tapi abah pangkat anak saudara...( jadi, emak dan abah, bapa saudara dengan anak saudaralaa..)
Emak dipelihara oleh tok Jah dan tok wan Mail...selepas kematian emak.(opah akulaa..) Kata emak, janji mulanya nak bagi dia sekolah dan mengaji....tapi tak dilakukan oleh arwah tok Jah dan tok Wan...sebab tu emak kecewa sampai sekarang....Kata emak, dia dipelihara bagai budak suruhan...kena angkat air, belah kayu api, angkat kayu api.. kena masak dan macam-macam lagi ...( macam cerita Melayu lama...) Kalau tak buat kena marah, dah tu kena ejek dan buli oleh emak-emak saudara aku, anak tok Jah....
Pakaian semua bertampal-tampal...makan dicatu, Nak baca buku macam emak saudara aku dia mesti kena marah....
Kata emak.. dia dulu tak sukakan abah... sebab abah, jenis lelaki yang sombong... macam tuan besar.. Kerjanya hanya ke Laut, ( waktu tu sebelum masuk askar )..suka menghina orang perempuan.. (barangkali sebab tu abah dapat ramai anak perempuan....) Tapi bila dijodohkan dengan abah...emak terima saja.. emak pun tak tahu kenapa dia dijodohkan dengan abah..( barangkali ini yang dinamakan takdir dan ketetapan illahi..)
Setahun kemudian, emak lahirkan Kak Long.. masa tu abah masih kerja laut.. tok Wan dan tok Jah sayang Kak Long macam tatang minyak penuh.. Sebab tu, bila abah berpindah lepas jadi tentera...tok wan dan tok jah tak bagi bawa Kak Long. Emak memang sedih tapi tak boleh nak buat apa... Kata Abah...Tok Wan bawa parang kalau bawa kak Long sama pindah..sapa berani..!!!
Jadi isteri tentera, emak berpindah randah ikut abah...Yang aku ingatlaa..emak pernah duduk di Mentakab , Pahang. Termerloh..Sungai Besi, Tapah..Kelantan ( Pengkalan Chepa )..dan Ipoh..
Cuma bila abah ke Sarawak, emak tak ikut. Port dikson pun ada, di situ Kak Kiah aku dilahirkan...
Masa berlalu, emak lahirkan kami 9 beradik...lepas Kak LOng., Kak Ani, kemudian abang Aziz, Kak Pidah, Kak Gayah, Kak Kiah, kemudian aku, adik Ram dan akhir sekali Azhar...
Hebatnya emak...walaupun tidak boleh membaca dan menulis...tapi kami semua adik beradik dapat belajar dengan sempurna.....malah berjaya dalam pelajaran. Dulu masa sekolah... kami adik beradik jadi jagoan di sekolah...Kalau yang top dalam kelas..semua anak Pak Saad... Bila nak periksa, walaupun emak tak boleh membantu kami...tapi dia akan duduk dekat kami.. ( kadang-kadang ada air kopi lagi...)
Sebenarnya, ..bila aku kaji balik..kebolehan kami sebenarnya banyak dapat dari emak... Emak walaupun tak bersekolah, tapi open minded, dan positif... sentiasa mengharap dan mendoakan kami berjaya. Berbeza dengan abah... yang lebih suka kami cepat bekerja...( sebab tu beberapa orang kakak aku, terus kerja saja selepas spm, stpm ..jadi kerani dan typis je.. Kak Kiah, langsung tak nak kerja, ..jodohnya awal terus kahwin..)
Dalam usia 76-77 tahun... sebenarnya emak dah tak berapa sihat...Tapi aku sentiasa doakan emak sejahtera dan bahagia.... dan impian aku untuk membahagiakan dia dalam usianya yang masih ada....
Dalam usia 76-77 tahun... sebenarnya emak dah tak berapa sihat...Tapi aku sentiasa doakan emak sejahtera dan bahagia.... dan impian aku untuk membahagiakan dia dalam usianya yang masih ada....
No comments:
Post a Comment