Pages

Followers

Friday, May 14, 2010

Aduhai anak....

Hanya tinggal beberapa hari lagi Razi akan melapor diri ke UIA... Sejak beberapa yang lalu aku terpaksa mengejar dia menyediakan beberapa persiapan yang perlu untuk melapor diri...( kalau dibiarkan, dia releks tak kisah je... lebih memeningkan, ayahnya bising kat aku....tak habis-habis leternya....)
Segala dokumen yang perlu, aku yang printkan ...( zaman teknologi komputer ni, rupanya leceh juga...kita yang kena print segalanya...) Ini termasuklah surat tawaran, dokumen perjanjian,.Syarat-syarat kemasukkan, etika pakaian, yuran dan segalanya.... Tadi, Razi baru buka buku akaun bank seperti dikehendaki. Semalam dia pergi tanpa bawa surat tawaran...kena balik dan hari ni baru buat...( Ini kes dia tak baca laaa..) Dan semalam juga aku perasan dia dah pergi shoping beberapa helai baju untuk dipakai di sana...( sebelum ni, dia beli baju tanpa kolar walaupun dah beberapa kali dipesan...) X-ray belum diambil...mungkin isnin sempat kot...
Buat masa ni...sedang aku menaip blog ni, dia sedang mengisi borang perjanjian bantuan kewangan...itupun selepas ayahnya dah bebel berulang kali...( si ayah pun satu..pergi laa tolong isikan...) Tengah aku dok menulis ni juga...kawan dia call, dan dah keluar.....aduhhh....senangnya hidup....
Sebenarnya yang buat aku lebih tension, Razi plan nak pergi memancing dengan kawan-kawannya kat Teluk Batik. Bukan dekat bebb.....nak naik motor pulak tu...padahal dia tu baru lesen L. Aku dah larang dia ...tapi dia nekad nak ikut kawan-kawan juga...( aduhhh...sayang kawan lebih dari sayang emak......huaaaa...!!!)
Aku bukan tak tahu jalan ke Teluk Batik tu...ada juga zon kemalangan...( Si ayah pula lebih risau motor...heran aku...nyawa anak tak pikir...) Apa ikhtiar aku nak melarang....cakap si ayah pun dia tak nak ikut, ini pula cakap aku....Aku cadang nak tolong hantar, dia tak nak pulak...tak seronok...
Minggu sudah dia dah ke Kuala Lumpur dengan kawan-kawannya...malam dia balik. Itupun aku pesan, sampai sana call aku balik... Semalam pergi tengok wayang...aku tak larang pun... tapi yang ni memang aku tak senang hati....

Wahai anakku...kalau baca blog emak ni...tolong laa faham hati emak... emak larang bukan kerana emak tak sporting.. bukan juga kerana emak nak sekat kebebasan... tapi hati emak, ada batas kerisauannya..... lagi pun kebelakangan ni, macam-macam kes melibatkan remaja dalam surat khbar....
Wahai anak...apa lagi mak nak cakap bagi kau faham......!!!!!

5 comments:

FaAtip said...

kak ros,

Razi dah baca tak blog ni?

Kalau dia tak sempat baca, dan tetap pegi ke Teluk Batik, doakanlah.

Fizz said...

tugasan seorang ibu.. memang sentiasa begitu...pergi sekolah ibu urus kan.. pergi tuisyen ibu uruskan..pergi matrik ibu uruskan.. nak exam ibu uruskan.. masuk kolej ibu uruskan.. nak pergi ibu uruskan.. nak kahwin ibu uruskan.. pendik crita.. dari A - Z.. ibu masih lagi uruskan.. dan ibu2 semua tak pernah mengeloh malah bangga dgn tugas protocalnya tanpa jemu...

tahniah utk anak mu semugga berjaya...

roslaini saad said...

Fa..Kak ros tak tahu dia dah baca ke belum blog..tapi dia tahu kak ros tulis blog tentang dia...pagi tadi kak ros ada aktiviti gotong royong kat sekolah..dia hantar sms dah sampai kat Manjung...dan tadi dia bagi tahu dia dah sampai kat Teluk Batik...Kak ros dah agak dia memang tak mahu ikut cakap emak dia ni..

roslaini saad said...

Sireh Junjung..
yerlaah tugas jadi emak ni tak habis rupanya walaupun anak nak masuk Universiti...Lagi tinggi dia nak belajar..lagi besar debaran berbanding dia nak masuk tadika dulu...
Kalau dia nak nikah esuk..entah macamana risaunya kita...

FaAtip said...

Bila jadi gini, selalunya better slow talk. Budak2 yg dah besar ni, bukan boleh dibentak2(walaupun dalam hati kita, eeeeee...pak akallll je!).

Banyak2lah berdoakan..anak2 kita ni jauhnya lagi perjalanan hidup they all...