Pages

Followers

Saturday, May 8, 2010

rumah abang...

Kalau orang kata ini rumah aku....tentu ramai yang tak percaya...sebab nampak macam gerai makan... . Rumah ini aku duduk sejak dari mula kahwin... heheh tentu banyak kenangan kan. Suami aku beli masa dia bujang lagi...Kata orang.. masuk basuh kaki...
Sebenarnya rumah ni dah kami sewakan... kalau dibandingkan dengan rumah sewa di Kuala Lumpur... sewa rumah ni memang jauh terlalu murah. Lebih murah...kerana penyewa ni, bukan saja menyewa rumah... tapi turut membuat gerai ... Free tanpa disewa pun tapak perniagaan....
Mula-mula dulu aku selalu juga komplain dengan suami.... sewa rumah murah, orang buat meniaga pulak... Cukai tanah dan cukai pintu kami yang bayar...
Tapi suami selalu kata.... tak pe...kita tolong orang susah...
Kebelakangan ni...suami dah mula tak senang hati dengan penyewa rumah kami ni.... Mana tidaknya, hari ni dah 9 hari bulan , sewa belum lagi dijelaskan... Tunggu Isnin kata dia semalam...tu pun, sebab kami datang minta sewa, kalau tidak dia diam je.....lagi menyedihkan, kadang-kadang kami datang dia buat muka tak kenal.... ambil order air je...( bayar juga...bukan percuma)Kadang-kadang suami yang tension nak minta sewa... bukan orang nak bayar sewa yang tension... Sebab tu, dia dah suarakan hasrat nak ambil balik rumah ni.... nak buat projek baru.. Nekad katanya....

Tapi kami tahu ada risiko menanti... orang mungkin anggap kami ni tak ada hati perut. Bisness orang dah elok , kami nak ambil balik rumah ni...( dia pun dah pasang awning dan simen lantai.)..
Sebaliknya kami rasa lagi lama kami biar dia meniaga di situ... kemudian hari lagi susah nak suruh dia keluar...
Apa-apa pun tunggulaa hujung tahun ni....suami dah cakap, kata nak ambil balik.....rasanya dah cukup panjang masa yang kami beri, untuk dia cari tapak baru... Aku rasa pelanggan tetap dia akan mencari dia juga...kalau dah suka...

No comments: