Pages

Followers

Saturday, May 22, 2010

Razi menjadi Warga UIAM...

Jumaat 21hb Mei 2010.. Aku dan suami melaksanakan tanggungjawab kami sebagai ibubapa menghantar anak sulong kami untuk sambung belajar di Universiti Islam Antarabangsa di Petaling Jaya... Perjalanan kami mulai pada petang khamis kerana nak melihat dan meninjau tempat tersebut.. Al maklumlah, kami bukan arif dengan Kuala Lumpur...
Perjalanan kami kali ini disertai oleh semua adik-adik Razi.. Walaupun terpaksa bersempit di dalam Van rusa kami, tapi terhibur juga dengan senda gurau mereka sepanjang perjalanan.... Walaupun terpaksa ponteng sekolah.. tapi aku harap ini boleh jadi pendorong bagi mereka untuk mengikut jejak langkah si abang untuk sampai ke menara gading...
Pagi 21hb Mei...kami sampai sekitar pukul 8 lebih... Kami bermalam di rumah kakak di Bandar Sri Damansara lebih kurang setengah jam je perjalanan ke kampus ini.. Malangnya kami tak boleh masuk kerana parking dah penuh. Jadi terpaksalaa menapak naik ke tempat pendaftaran...

Razi mendahului langkah meninggalkan kami di belakang... Sepanjang jalan, aku cuma teringat masa aku di kampus dulu, beginilaa..menapak untuk ke kuliah, ke library dan ke dewan makan..


Razi agak bad mood sikit... mana tidaknya, bekas sabun, dan toiletressnya tertinggal di rumah Kak Pidah... ( dah memang peelnya macam tu... ada je yang ditinggalkan..) dan si ayah berleter...( dah biasalaa tu...)

Pendaftaran memakan masa juga...Ramai juga yang diterima masuk. Angka giliran Razi saja 1263... itu untuk sessi sebelah pagi sahaja... tapi nasib baik disediakan kerusi jadi taklah penat sangat.. Aku pun ambil kesempatan berbual-bual dengan sesiapa saja..
Yang berbaju kemeja putih tu semuanya bakal pelajar di UIAM ni.. Razi mulanya pakai baju putih sekolah adiknya... ( masih elok kerana jarang dipakai ) tapi lepas tu ajak aku beli baju baru....kerana nampak yang lain lebih smart...ermm orang muda macam tulaa...
Si kecik, agak keletihan menunggu. Tapi dia tak duduk diam....

Akhirnya, pendaftaran selesai. Razi mendapat asrama di sini. Aku tak larat naik ke tingkat , jadi lepak di bawah ni saja....sementara Razi naik booking katil. Katanya ada 8 katil double decker..jadi 16 orang laa semuanya sebilik..
ermm...mengingatkan aku arama Kenanga di ITM dulu.... lagi ramai..

Untuk setahun ni.. Razi akan menjadi warga di Mahallah Abu Bakar ini.. Aku gembira sebenarnya, ...sekurang-kurangnya di sini aku harap Razi tak terdedah sangat dengan genjala sosial.. al maklumlah, dah sampai di tengah ibukota Kuala Lumpur...
Dan pagi tadi aku membuka web melihat keputusan permohonan biasiswa JPA Razi....walaupun dia tak dapat, tapi aku gembira juga kerana sekurang-kurangnya dia dah mendapat tempat di UIAM ni... Apa-apa pun aku doakan kejayaan bagi anakku ini...Amin..!!!








2 comments:

Anuar Puteh Harun said...

Tahniah Razi,kerana mendaftar ke UIAM. Semoga perjalanan yang panjang ini beroleh kesejahteraan.

aznimatisa said...

Tahniah dari auntie azni. Belajar rajin2 razi. balas jasa mak dan abah ya