Pages

Followers

Wednesday, May 19, 2010

Tampal di kaki dan boleh kurus....

Hari ini aku dikunjungi oleh seseorang yang tak disangka-sangka....isteri seorang pengarah tersohor Mamat Khalid.. cantek orangnya. Sebenarnya beberapa hari yang lalu, anak beliau ada datang ke rumahku.....handsome juga orangnya...Ini semua gara-gara ingin tahu aku bagaimana Tuan Pengarah kita dapat menguruskan badan....

Antara blog yang aku ikuti adalah blog Tuan Pengarah ...Mamat Khalid. Dan kebelakangan ini aku sering membaca tulisannya mengenai satu produk yang boleh membuang toksin dalam badan sekali gus boleh memecahkan lemak dan menguruskan badan..... Tuan pengarah sendiri dah mengakui, akan hasilnya. ,..dan dicuba oleh jiran-jirannya, Mak Jah, Mak Kiah dan Mak cik-mak cik....( aku yang gelar..aku pun tak kenal..) Oh ya..rumah Tuan pengarah ni sebenarnya tak jauh dari rumah aku....kalau dulu-dulu dikira sekampunglaaa...

Jadi nak dipanjangkan cerita, aku pun memberi komen bagaimana nak cuba produk ni... Dan bila aku ceritakan dekat kawan-kawan di sekolah... mereka memberi laluan yang lebih mudah pada aku... tanya aje kat anak dia yang bersekolah di sekolah aku.....( pernah berlakon dalam filem Zombi Kampung Pisang...)

Dan nak jadi cerita lagi...anak Mamat Khalid ni berkawan dengan seorang anak kenalan aku...jadi mudah benarlaa mereka cari rumah aku.... terkejut juga aku ...dan tersipu-sipu juga...sebab rumah aku macam tongkang pecah...( 3 hari sebuk di sekolah..buat mural..mana larat nak mengemas..)

Bercerita demi cerita...akhirnya terbanglaaa..duit aku....huaaaaa...!!! saat aku sesak duit..aku ambil juga produk ni untuk ku cuba... mana tahu, kalau betul aku boleh kurus, satu potensi untuk aku buat promosi. Senang aje gunanya, tampal je di tapak kaki semasa nak tidur. Dan esuk pagi sebelum mandi boleh ditanggalkan.. kesannya kita dapat lihat, pada tampalan itu, bertukar warna hitam dan berminyak...

Aku baru cuba dua hari...Tak boleh nak cerita tentang keberkesanannya... tapi aku yakin kalau aku consistant memang boleh kurus... sebabnya, sehari dua ni perutku memang lawas sekali...
Tunggulaa.a... kalau beri kesan positif pada aku...boleh kurang berat badan.... hehehhe memang aku bakal jadi testimoni mereka.....!!!

Pada aku produk ni senang...sebab cuma tampal di tapak kaki... dan tak perlu dimakan...
Yang penting,.... makan tak terganggu, badan boleh sihat..... ( kata isteri Mamat Khalid...bagus juga untuk yang ada kencing manis..)

okay....tunggu perkembangan aku yerr...

No comments: