Pages

Followers

Saturday, May 29, 2010

Jumpa Shima..

Tadi aku baru menghadiri kenduri kawin di Meru, dekat Jelapang Ipoh. Kenduri sebelah keluarga suamiku... ( geng orang Bota laa..) Tuan rumah yang buat kenduri kahwin ni, pangkat emak saudara kepada suami. ..
Dan bila menghadirikan diri ke kenduri sebelah emak saudara ni...aku mesti tercari seorang lagi emak saudara aku... yang juga kawan aku semasa di ITM dulu. Norhashima md Hazim....sekarang full time artist di jalan conlay kraftangan, Kuala Lumpur.... Dulu selepas habis ITM, dia dan suami buka bisnes batik..... tapi lepas tu aku dengar dia jadi full time artist... Yang menariknya, dia ni dulu jurusan pottery.... Itulaa takdir namanya.. Tapi memang aku respeklaa kat dia, sebab bukan calang-calang orang yang boleh jadi pelukis sepenuh masa ni...kalau tak tekad dan keazaman yang tinggi...minat saja tak cukup apatah lagi kalau ada bakat tak usaha pun tak ke mana....

3 comments:

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

setuju!

kalau minat tak usaha, memang takkan ke mana~

AZNI BINTI MAT ISA said...

Uda,, shima memang artis yg hebat!yang penting dia tak sombong dan merendah diri.

Rositah Ibrahim said...

Ish...ish...rupanya Shima tu mak sedara Uda...