Pages

Followers

Friday, May 28, 2010

Slim Patch....Perfect Slim..


Fuhhh...lega bila selesai dapat download gambar-gambar ni... tak tahulaa apasal, susah dan berat pula nak download gambar-gambar ni.. sedikit sebanyak, menjadi aku hilang semangat nak buat entry baru dalam blog... Tapi aku rasalaa...saiz gambar besar, sebab tu dia berat sangat.. Aku guna kamera lain..kamera yang aku selalu guna ada masalah sikit lepas anak murid aku bagi jatuh ....aduhhhh...nak kata apa..!!!

Sebenarnya aku nak cerita sikit pasal "Perfect Slim " ni... Inilah benda yang aku guna tampal kat kaki supaya dapat kurangkan berat badan... Dan inilah benda yang aku beli dan habis aku guna.... hahahha..sebab tak perlu diminum atau dimakan.....dan yang penting tak menganggu sistem perut aku...
Produk ni cuma perlu ditampal di tapak kaki.....dah dua minggu aku guna... Sepatutnya guna 5 hari ..rehat dua hari...dan guna balik 5 hari... begitulaa.. Tapi hari tu aku ke Kuala Lumpur , benda ni dah tertinggal kat rumah...jadi aku tak pakailaa... Bila balik baru aku sambung semula pakai...
Rupa nilaa ...bila ditampal di tapak kaki..( kiri dan kanan tapak kaki ).... Apa kesannya...???
Setakat ini aku tak berani kata berat badan aku dah turun...tapi tiap kali menanggal pelekat ni tiap pagi, memang ada kesan hitam berminyak...( yang dipercayai toksin dari dalam badan).. taklaa pula aku ambil gambar...sebab takut ada yang geli pulak bila tengok.. Adakala bila aku tanggal pelekat..ada yang berwarna putih. ( kata kawan aku ini ada kaitan dengan sakit lutut...)..
Dan yang paling aku perasan....setiap kali aku makan, pasti nak membuang.... tidak lagi simpan sampai ke pagi...tapi tidak laa sakit mengila-gila ...normal aje.. dan bila makan taklaa selahap dulu...( apa istillah yang lebih baik yer...) maksudnya...makan sikit pun dah terasa kenyang.....
Kalau ikut pada risallah yang diberi...kesan ke atas pemakaian "Perfect slim."
1. Mengaktifkan sel-sel badan
2. Mengimbangkan sistem imun dalam badan
3. mengawal selera makan
4. meningkatkan kadar metabolisma
5. Melegakan gout
6. mengurangkan sakit kaki dan bengkak kaki
7. Mengeluarkan lemak berlebihan
8. membantu tidur yang lena
9 menyingkir toksin bahaya dalam badan terutama toksin yang berkumpul di hati..

Sebenarnya aku tulis ni...aku bukan lagi ahli pun..hehehhe. Tapi benda yang baik apa salahnya kita share. Tapi janganlaa menilai dari aku yang baru guna 2 minggu.... Aku tanya Khalid Adam anak kepada Mamat Khalid... dia dah hilang 10 kg.. guna selama 2 bulan...ermm..kira baguslaa tu...
Dan klik kat sini kalau nak tahu lebih lanjut....

1 comment:

aznimatisa said...

Bagus ni uda tak yah nak makan2,, teruskan perjuangan.jangan putus asa!