Pages

Followers

Friday, March 12, 2010

Masuk Matrikulasi atau buat diploma...

Semalam Razi timbulkan persoalan ini pada aku..."Mak, nak masuk Matrikulasi ke atau nak buat Diploma.... "
Aku jadi buntu sekejap...Selama ini aku cuma nampak budak yang dapat result baik terus masuk Matrikulasi....Habis Matrik terus dimasukkan ke Universiti...Kalau result kurang baik...dihantar jauh ke Sabah atau Sarawak....Masa lebih jimat hanya lebih kurang 5 tahun dah dapat ijazah......
Terima kasih untuk adik Cahaya centa (blogger ..bakal pensyarah UItm) ..dari blognya aku baru tahu rupanya pelajar matrikulasi pun dapat elaun untuk satu semester.... dan dari beberapa orang kawan, aku dapat tahu pelajar matrikulasi ni..tidaklaa sebebas pelajar universiti...maksudnya masih tertakluk dengan rutin dan undang-undang... dan aku difahamkan pembelajaran juga padat...yelah...dalam satu tahun dirangkumkan semua....
Sebelum ni, ada juga anak rakan-rakan yang masuk matrikulasi....anak mereka memang excelent pun.... tapi ada juga anak kawan yang masuk matrikulasi lepas tu sangkut....lepas tu masuk IPTS...
Dan kalau buat diploma memakan masa 3 tahun.... cuma aku risau, lepas dapat diploma, mood nak sambung belajar buat degree tak ada kerana dah seronok kerja...macam anak sedara aku sendiri... Ada juga rakan-rakan yang suggest supaya cuba memohon Universiti Petronas ataupun UIA... entahlah...confuse aku jadinya..Aku jadi emak, nak yang terbaik untuk anakku...
Apa-apa pun biaarlah Razi dengan pilihannya....Anak lelaki ni, susah nak kita tentukan rentaknya...Cuma aku tak nak dia buat pilihan yang salah...
p/s - Aku dulu selepas spm pening juga nak masuk pengajian tinggi...sebab BM dapat 8...huhuh...tapi alhamdullillah lepas ambil Julai paper , dapat 3...hehehehhe

1 comment:

Rositah Ibrahim said...

Tahniah untuk Razi. Matrik atau dip ni banyak orang berbelah bahagi. Tapi tak dinafikan matrik kena usaha berganda-ganda untuk maintain result