Pages

Followers

Thursday, March 11, 2010

Kejayaan berganda.....

Hari ini keputusan SPM diumumkan.....Kalau selalunya aku hanya mengambil tahu tentang pencapaian matapelajaran yang aku ajar Pendidikan Seni visual... tapi tahun ini ada kelainannya...kerana anak aku Fakrur Razi juga mengambil peperiksaan yang sama....
Pukul 10.30 pagi aku dapat call dari Razi....dia di Kepala Batas....keputusannya begitu memberangsangkan walaupun tak straight A......Alhamdullillah...Razi dapat 7A dan 2B..... Nampaknya Razi boleh menjadi contoh kepada adik-adik dalam bidang akademik....
Dan di sekolah aku tak sabar nak tahu keputusan Matapelajaran yang aku ajar.... Alhamdullillah.... tahun ni, ada lonjakan...100%... dan budak-budak yang ku jangkakan mendapat A memang betul-betul menepati ramalan....Alhamdullillah... Pelajar 5K pun setelah aku tengok sekali lalu ...lebih kurang 5 orang mendapat A dalam PSV...( sesuatu di luar jangkaan aku.....) dan keseluruhan aku anggarkan lebih dari 10 orang ( belum buat analisis yang tepat..) mendapat A.... satu pencapaian yang dah lama aku tak rasai....Alhamdullillah...
Betul laa....Allah Maha Adil dan Penyayang... Aku bantu anak orang....Orang lain akan bantu anak aku balik.....Alhamdullillah....

5 comments:

saleeh rahamad said...

tahniah SRC dan Cikgunya. Gambar dewan makan tu, terigat la pula makan berbaris ambil lauk lebih. masih tak berubah Chulan ya.

umi_e said...

Salam... Tahniah buat Razi dan ibunya (guru juga) kerana anak dan anak2 murid berjaya mendapat keputusan yang baik...

* risau pulak saya dengan anak saya yang ambil mata pelajaran tambahan PSV ini... harapan untuk dapat A... nampak macam payah je nak dapat A :[ :S

roslaini saad said...

En Salleh...Raja Chulan memang tak berubah dari segi fizikal..tiada penambahan bangunan atau sebagainya. Dewan makan aspura seperti dalam gambar sekarang digunakan sebagai dewan serbaguna seprti untuk ceramah-ceramah dan event seperti mengambil keputusan peperiksaan.

roslaini saad said...

Umi-e.. tak perlu risau...kalau anak puan nak ambil PSV, maknanya dia tahu kemampuan, bakat dan kebolehannya.Kebiasaannya budak-budak yang ambil di luar jadual jauh lebih baik dari yang diajar dalam kelas.

aznimatisa said...

Tahniah Uda!!untuk kejayaan berganda,, alhamdulilah..amin