Pages

Followers

Thursday, March 11, 2010

Razi Belanja Kfc..

Hari ni, Razi dapat gaji pertamanya sejak berkerja di Cyber cafe berhampiran rumahku... Happy dia semacam je hari ni...bukan saja kerana dapat duit gaji, tapi juga kerana esuk result SPM nak keluar....Malam ni dia nak naik keretapi untuk ke KEPALA BATAS mengambil keputusan examnya....Sebenarnya kalau dia tak plan nak pergi dengan kawan-kawan, aku cadang nak ambil cuti rehat saja....tapi anak ini tak setuju dengan cadanganku....Errmm...anak lelaki...
Dah lama juga tak makan KFC.... bukan nak bagi iklan percuma kat produk ni..tapi memang dah favourite anak beranak aku...

Sorry laa.. aku tak pandai tangkap gambar, supaya ayam ni nampak mengancam...Dah makan baru teringat nak ambil gambar..


Hakim ..katanya kurang selera malam ni...tapi habis juga dua ketul ayam. Dua ketul lagi simpan untuk esuk..



Kecik dengan ayam tak boleh dipisahkan... Budak-budak sekarang memang tak jemu makan ayam... apatah lagi KFC..



Magik...dah lincin...
Malangnya malam ni ayahnya tak ada, sebab menemankan emaknya di kampung.
Mungkin next time pulak....





No comments: