Pages

Followers

Friday, March 19, 2010

Kenangan Lama....keputusan SPM 1980.

Semalam aku ke rumah Imah, kawan merangkap jiranku jua.... Imah bersungut tentang keputusan SPM anaknya.. Aku ingat teruk sangat, tetapi setelah ku tanya rupanya adalah juga subjek yang mendapat A...yang dia tak puas hati, anaknya tak cerita habis. Slip keputusan pun tak nak tunjuk kat dia.....
Lantas aku teringat kenangan lama, selepas aku menerima keputusan SPM, lebih kurang 30 tahun dulu.... Barangkali kerana keputusan ku agak cemerlang semasa SRP, jadi keluarga begitu mengharap aku memberikan yang terbaik semasa SPM.. Malangnya, aku tak menunaikan harapan keluargaku apatah lagi harapan emak dan abah....
Aku cuma mendapat gred 2 dalam SPM itu pun cuma cukup-cukup makan.... dan lebih memeritkan aku dapat 8 untuk B. Malaysia....( aduhhh, ..ini yang sesal tak habis.) sedang B. Inggeris yang merupakan subjek terburuk aku pun dapat 7. Sains subjek jangan nak cakap...semua takat lulus...( aku sebenarnya memang tak minat langsung masuk aliran Sains..tapi apa nak buat sudah begitu sistem pendidikan kita...mengutamakan sains, membelakangkan minat pelajar...) Nasib juga aku gugurkan subjek Fizik untuk ambil Lukisan....dan subjek ini memang banyak membantu aku dan inilah aliran aku sekarang...Aku pun tak faham kenapa aku dapat 8 untuk BM...sedang selama aku bersekolah, aku tak ada masalah langsung. Malah selalu yang terbaik untuk subjek ini. Tetapi setelah, mengambil semula subjek ni untuk Kertas Julai...baru aku sedar.. teknik menjawab aku salah.. dan mungkin juga karangan aku lari tajuk....
Berbalik pada cerita aku bila dapat keputusan sebegini... Abah memang marah sangat dengan aku...emak memang memahami.. Aku masih ingat sewaktu di dapur, aku tengah membasuh pinggan...emak tanya abah tentang hasrat aku nak belajar lagi.. Abah melenting sekali..dengan nada yang tinggi abah melepaskan marah....
" SPM pun tak lepas nak belajar....lupakanlaa..." Sedar tak sedar meleleh air mata aku dibuatnya.....Memang keinginan aku nak belajar tinggi masa tu. Nak masuk tingkatan 6 pun tak boleh sebab BM yang sekadar lulus...
Malam tu, aku tulis surat dekat kakak kat Kuala Lumpur , kata aku nak ke sana.... Aku begitu mengharap kakak-kakak boleh menolong...( Masa tu semua kakak aku ada di KL, semua dah kahwin )
Masa di KL, pertamanya aku terus ke rumah Kak Pidah , kakak aku no 3..Arwah abang Dollah abang iparku, adalah abang yang terbaik pernah aku aku ada, malangnya cepat pula dia meninggalkan kami.... Kak Pidah memberi dorongan aku mengambil semula Kertas Julai, supaya memudahkan aku memohon masuk mana-mana institut atau maktab..sementara itu dia cadangkan aku bekerja. Pendapatannya kecil masa tu, jadi dia pun tak dapat bantu aku sambung belajar....
Tak jauh dari rumah Kak Pidah ialah rumah Kak Long...( mereka menetap di Gombak masa tu..) jadi lepas tu aku cuba mengadu nasib dekat Kak Long....Malangnya hati aku luka langsung dengan Kak Long... Jangankan nak tanya keputusan aku, nak tanya apa rancangan aku pun tidak.... Dan lebih menyedihkan, masa tu dia sibuk melayan anak saudara sebelah abang Long, yang dapat gred 1 untuk sambung belajar ke luar negara....Agaknya dia malu sangat dapat adik macam aku... Aku tak tidor pun rumah dia, lepas tu aku balik rumah Kak Pidah....Lebih lama lebih menyakitkan hati aku....
Sebenarnya harapan aku mengharap ehsan, kakak-kakak memang gagal..... mahu tak mahu aku kena balik kampung dan mendaftar untuk kertas Julai.....Namun impian aku untuk sambung belajar tak pernah padam....dan alhamdullillah, bila dapat keputusan Kertas Julai, keputusannya agak baik...aku dapat 3 kali ni..( Kesimpulannya, nak dapat result bagus kena study....)
Dengan bantuan Kak Pidah.. Januari 1982 aku dapat kerja di Lembaga Perancang Keluarga Negara..( LPPKN)..sebagai pembantu makmal di Hospital Bersalin, Kuala Lumpur, di bawah Doktor Pakar Prof Dr. Hamid Arshad....(memang banyak kenangan di sini). Tapi semangat nak belajar masih tak padam. Sebab tu aku memohon juga masuk ITM jurusan Senilukis dan Senireka....dan alhamdullillah aku diterima masuk pada JUlai 1982...
Aku seronok tak terkata, bila mendapat tawaran..... Sebab tu aku nekad, akan buat yang terbaik semasa di ITM....aku nak buktikan pada abah dan Kak Long...aku pun boleh berjaya dan buat yang terbaik....Dan impian aku tu rupanya Allah makbulkan... bilamana pada konvokesyen menerima diploma aku tahun 1986...aku diumumkan pelajar terbaik bagi jabatan tekstil....!!!!
4 tahun kemudian, aku sambung buat Diploma Pendidikan Seni dan yang lebih manis 14 tahun selepas menjadi cikgu.... tanpa disangka-sangka, aku dapat Biasiswa untuk sambung buat Ijazah Sarjana Pendidikan......Alhamdullillah, aku melepasi semuanya...
Kesimpulannya.....tak perlu pandang rendah pada anak-anak yang kurang menyerlah dalam peperiksaan.... Potensi mereka mungkin lebih menyerlah selepas mereka gagal..... dan sebab tu sampai hari ini, aku akan cuba bantu pelajar-pelajar yang lemah....dan berpotensi untuk gagal...sebab aku tahu betapa pedihnya bila gagal dalam peperiksaan......

5 comments:

Rositah Ibrahim said...

Zaman sekarang, ramai pelajar dari keluarga berkemampuan tak kesahpun kalau result mereka tak bagus...keluarga mampu daftarkan mereka di kolej swasta! Dan mereka (bukan semua)berbangga pula menyebut nama kolej dan kursus yang mereka ambil!
Saya teringat, saya terkebil-kebil apabila ex-student saya memberitahu yang dia sedang mengikuti interior design di sebuah kolej swasta. Hilang kata-kata seketika kerana budak inilah yang paling kerap ponteng (bukan subjek saya saja). Gagal math, folio PSVnya 'adoooo" dan semua subjek 'cukup-cukup makan' sahaja...

roslaini saad said...

Eta..memang betul, peluang nak sambung belajar sekarang cukup banyakk...sediakan duit saja..kolej swasta dah banyak.

Uncle Lee said...

Hi, just dropped by to say hello. Best regards, Lee.

Zaitun said...

Alhamdulillah,segalanya boleh kalau ada kemahuan.

najihah said...

mak uda...jiha berbangga atas smgt mak uda..tp amat kesal dgn sikap mak long ketika itu..biasalah manusia..semuanya nak yg terbaik...