Pages

Followers

Monday, March 1, 2010

Keputusan STPM..

Khamis minggu sudah, diumumkan keputusan STPM. Aku sebenarnya bukanlah guru Tingkatan 6. Tapi untuk pelajar STPM yang baru lepas ni... saham aku ada kerana pernah mengajar mereka masa 6 rendah, subjek Pengajian Am....Cewahhhh...bukan main..hehehe.. Sebenarnya Pengajian ni subjeknya liberal...banyak pengetahuan am, dan kalau kita rajin membaca, memang boleh mengajar budak-budak ni. Cuma yang lemahnya ada sukatan tentang graf....kalahlah aku bab ini sebab ada pengiraan. ( bukan susah sangat tapi remeh sikit..bila ada pengiraan..)
Bil keluar hari tu aku malas nak tulis, sebab tak sahih sangat keputusan yang aku dengar... tapi hari ini dalam perhimpunan, pengetua sendiri umumkan... Raja Chulan mendapat 100 %.. dan 3 subjek yang mendapat 100% juga ialah BM, Sastera dan SeniVisual...( aku tumpang saham lagi...) Memang guru-guru tingkatan 6 kembang kencup gembira dengan keputusan ini... They deserve it....
Cuma aku terkilan dengan keputusan beberapa orang pelajar....yang suka-suka ambil subjek yang tidak diajar di sekolah ni. Dalam erti kata lain ambil sendiri subjek tu..... Yang aku tak faham, subjek SeniVisual yang ada guru ( akulaa ...) mereka tak nak ambil... Sejarah contohnya...ada kelas lagi..mereka tak nak ambil... Sastera pun begitu juga... mereka buat tak endah.. tapi suka-suka je nak ambil perniagaan... Tahun ini aku dengar ada yang ambil matematik... erm.mmm..entahlaaa...
Puspita, anak murid aku yang ambil Seni Visual hanya berpuas hati dapat C+ .. Aku frust sebenarnya.. sebab aku tahu dia boleh dapat lebih baik kalau datang selalu berjumpa aku...minta nasihat, minta tunjuk ajar... tapi kerana kedegilannya, dan keangkuhannya ...itu aja yang dia dapat... ( Resultnya agak bagus juga... 2A, 1B dan 1 C+...) Apa-apa pun harap lepas ni dia pelajari sesuatu dari tindakan yang dia pilih sendiri.
Seminggu lagi..kabarnya debaran akan memuncak. Result SPM pulak... Dalam kepala aku hanya ingat pelajar-pelajar 5K saja... Mereka nilah client aku tahun bertahun... harap-harap adalah yang dapat A.. Dan tahun ini lebih mendebarkan kerana anak aku pun antara calun SPM tahun sudah.....aduhaiii.....berdebarnya....!!!!

3 comments:

saleeh rahamad said...

Teringat semasa STPM di Chulan. Pada malamnya kami ke asrama STAR untuk mendapatkan soalan bocor. memang dapat, tapi saya tak ada masa nak study lagi, balik terus tidur. Esok exam dan memang sah soalannya sama. Saya panik lalu tak dapat jawab. kenalah ambil sekali lagi exam tahun depan dengan belajar sendiri. Cikgu Rosli bekas warden asrama dulu ada lagi ke? kirim salam pada dia.

Anonymous said...

cikgu, sy nak lulus seni! insyaallah sy akan buat yg terbaik.. lagi baik dari yg terbaik. lepas spm nanti, sy nak sambung form6..

Pusat Sumber Sekolah said...

En. Salleh...terima kasih kerana menjengok ke blog saya..En Rosli sekarang dah jadi pengetua dekat smk Pusing..baru tahun ni..Dia memang dah layak jadi pengetua..Budak-budak sekarang bukan aje soalan bocor..pelbagai tips menjawap dapat..antara mahu dengan tidak saja...