Pages

Followers

Tuesday, March 2, 2010

Alahai.....pening kepalaku....


Hari ni aku rasa letih sangat... padahal jadual mengajar aku tak banyak hari ni.. Yang letih sangat tu sebabnya berpunca dari kelas 5K yang aku masuk awal pagi......
Aduhhh... apa yang aku nak cakap tentang kelas ini..???? Hari ini aku masuk ke kelas dengan pelbagai contoh dari kerja-kerja pelajar tahun sudah... penuh kiri kanan tangan . Alih-alih bila aku tanya pelajar, jangankan gambar-gambar rujukan yang aku suruh cari, kertas lukisan dan pensil warna pun tak bawa..... masyallah....mahu meletup aku...!!!!
Briefing aku dah bagi dua minggu dulu, sebelum cuti tahun baru cina.. Minggu lepas dah mula lakaran rekaan... Hari ini sepatutnya aku nak mulakan lukisan realistik gambar flora... Lukisan ni penting sebab dari sinilah baru boleh kembangkan idea rekaan seterusnya..
Tapi dengan 5K ni...aku memang mati akal... Mereka adalah pelajar-pelajar yang mahu disuap 100 peratus.. semuanya kita kena bantu.. semuanya kita kena buat... termasuklaa rekaan coraknya..
Sebenarnya kalau aku tak nak pening kepala, memang aku boleh sogokkan aja budak-budak ni dengan gambar-gambar yang aku dah kumpul bertahun-tahun... lukiskan motif untuk mereka dan suruh mereka tiru saja.. Regangkan kain dan aku tolong canting...selesai kerja...
tapi sampai bila budak-budak ni nak dididik macam ni...apa yang mereka akan belajar??? Sampai bila mereka nak berdikari dan berusaha sendiri... dan paling penting...bila mereka nak sedar diri...?????
Pada aku mereka ni masih lagi di alam mimpi, masih tidur yang lena....hidup di zon selesa tanpa kepayahan... Mereka masih tak sedar, SPM menanti di hujung perjalanan....kegagalan akan menanti kalau mereka tak bersedia.
Atau barangkali aku kena ikut cakap beberapa rakan-rakan guru ...ros, tak payah pening-pening...nanti kita yang sakit.... biarkan aje, yang buat kita bagi markah... yang tak buat nasiblaa....

1 comment:

Rositah Ibrahim said...

Sebab itulah saya rasa kerja kursus ni MENGARUT. PEKA sains tu capai matlamat tak? Begitu juga dengan folio sunjek2 lain.

Baik la zaman kita dulu. Amali Sains, amali home sc (ERT), oral Eng; selepas diajar oleh cikgu kita, pandai2 la KITA nak bertarung sendiri dalam penilaian peperiksaan amali yang dinilai oleh cikgu2 dari sekolah lain.