Pages

Followers

Wednesday, February 24, 2010

Pra sukan...

Bila masuk bulan Febuari biasanya bulan yang sibuk di sekolah dengan kegiatan sukan... Ha ha...begitulah hebatnya kami cikgu-cikgu..., boleh jadi cikgu mengajar di kelas..boleh jadi jurulatih di padang....heheh.. Malah ada yang lebih hebat...kena mengurus perjalanan pertandingan di tengah-tengah panas terik.....
Tapi dalam terik matahari... gelak ketawa, keceriaan tetap menjadi kemestiaan....

Ini antara acara lompat tinggi yang dipertandingkan hari ini...... Kadang-kadang aku kesian juga dengan budak-budak ni....ada bakat tapi diajar oleh orang-orang macam kami yang tak tahu apa-apa tentang sukan.. Memang lah ada guru yang terlatih dalam bidang sukan...tetapi mana mampu dia nak mengajar semua .. Yang lain-lain diserahkan kepada kami yang " tiang kayu"...macam aku.. Habis macam mana sukan nak maju....


Hari ni aku kena menjaga masa untuk acara trek..100m LA, LB dan PA, PB. Acara 400m diadakan acara saringan... Penjaga masa ni penting, kerana inilah yang menentukan rekod sekolah..... Aku difahamkan untuk acara yang dipertandingkan semalam, ada rekod yang dipecahkan...( budak rumah aku )




Hari ini juga diadakan pertandingan tarik tali.... untuk tempat ketiga dan keempat... Tarik tali ni dah jadi macam acara favorite semua orang.. Jangankan budak-budak...cikgu ( akulaa tu...) pun menjerit sama....hehehe



Tapi entahlaa...tahun ni, tahun tak tuah bagi rumah sukan aku, rumah Tun Tuah.... acara tarik tali semuanya kalah....apalaa nasib. Dah tu keputusan keseluruhan pun paling corot... Nampaknya lepas ni aku kena buat sesuatu untuk memenangi acara perbarisan...supaya markah untuk rumah boleh naik sikit...
Sebenarnya, kemeriahan menyambut temasya sukan sekarang, tak macam aku mula-mula menjadi cikgu dulu.... semua cikgu bersaing untuk memenangkan rumah masing-masing..... Begitu juga budak-budak. Dua tiga minggu sebelum sukan sebenar berlangsung
persiapan dah dilakukan... macam nak kenduri kahwin... Entahlaa...barangkali faktor usia cikgu-cikgu atau kekangan-kekangan masa, suasana dah tak macam dulu. ... Sukan dilaksanakan untuk memenuhi syarat sahaja....meriah pun cara dalaman je.. tak gah macam dulu-dulu lagi..
Silapnya di mana yer...??????

gambar-gambar lagi di dalam www.psumbersmkrc.blogspot.com


3 comments:

Kakcik Seroja said...

teringat zaman persekolahan dulu.. kakcik paling mengelak untuk ambil bahagian dalam acara sukan... :)

Lee said...

Hi Roslaini, very nice photos. Enjoyed looking at them.
Have a pleasant week, best regards, Lee.

roslaini saad said...

Kak cik..Saya pun bukanlaa minat sangat dengan acara sukan ni..tapi masa sekolah dulu..saya minat kat cikgu yang jadi jurulatih sukan...hahahahha..sebab tu rajin berlatih...

Uncle Lee....
Saya main tangkap je..tapi mungkin kerana cahaya matahari yang terik petang tu..gambar jadi jelas...ok tq uncle, wish u enjoy it..